China dan pelbagai negara ASEAN berjiran dan mempunyai persahabatan yang sudah lama. Sekarang, dalam situasi baru globalisasi ekonomi dunia, peningkatan kerjasama ekonomi serantau dan kemajuan sains dan teknologi, China dan ASEAN mempunyai peluang perkembangan di samping menghadapi cabaran dalam bidang lalu lintas dan pengangkutan. Memegang peluang dan menghadapi cabaran, mempercepat pembinaan infrastruktur lalu lintas, meningkatkan kerjasama lalu lintas dan pengangkutan, mendorong perkembangan berterusan ekonomi, meningkatkan taraf kehidupan rakyat negara masing-masing merupakan tugas berat sejarah yang dipikul oleh China dan pelbagai negara anggota ASEAN.
Sungai Mekong merupakan laluan penting yang menghubungi China dan ASEAN, penerokaan Sungai Mekong merupakan salah satu bidang kerjasama yang penting dan telah mencapai perkembangan hakiki. Pada 20 April 2000, China, Laos, Myanmar dan Thailand telah menandatangani perjanjian perkapalan perdagangan Sungai Lancang-Sungai Mekong. Setelah perkapalan secara rasmi dimulakan antara 4 negara tersebut pada 26 Jun tahun 2001, untuk menjamin keselamatan perkapalan, mengurangkan kerugian nyawa dan harta benda, berdasarkan 3 prinsip iaitu melindungai persekitaran ekologi, tidak mengubah garis sempadan dan mendapat setuju dari negara berdaulat, dengan penyelidikan sains yang ketat, kerajaan China menyediakan dana berjumlah 5 juta Doalr Amerika untuk melaksanakan projek membersihkan laluan perkapalan dalam wilayah Laos dan Myanmar.
Lebuh raya dari Kunming ke Bangkok merupakan laluan darat penting yang menghubungi China dan ASEAN. Lalu lintas yang lancar di lebuh raya tersebut berfaedah untuk ulang-alik warga China dan negara ASEAN serta perkembangan kerjasama ekonomi, perdagangan dan industri pelancongan. Dengan usaha bersama kerajaan China, Laos dan Thailand serta Bank Pembangunan Asia, rancangan teknologi dan pengaturan penyediaan modal sudah ditetapkan. Pakar China sudah menyelesaikan kerja penyelidikan di jalan berkenaan. Kerajaan China akan dengan pinjaman wang tanpa faedah dan bantuan percuma membina lebuh raya tersebut di wilayah Laos bersama Laos dan Thailand. Di samping itu, China juga secara aktif berancang menyertai rancangan jaringan lebuh raya Asia yang dianjurkan oleh APEC, supaya dengan seawal mungkin mencapai pengedaran pekerja dan barang-barang yang lancar antara 6 negara di sub-kawasan Sungai Mekong, agar jaringan pengangkutan lebuh raya memainkan peranan maksimum. Konsep Landasan Kereta Api Pan-Asia yang dikemukakan oleh Malaysia berfaedah untuk meningkatkan hubungan lalu lintas antara China dan ASEAN. Setelah landasan kereta api sudah selesai dibina, boleh menubuhkan laluan antarabangsa yang saling terbuka dan menghubungi. ASEAN sudah menetapkan cadangan garisan timur, pihak China sudah menyelesaikan penyelidikan tentang projek membina semula landasan kereta api tersebut di wilayah China, dan secara serentak melaksanakan pembinaan dan pembinaan semula landasan berkenaan di China menurut keadaan pelaksanaan cadangan di negara berkenaan, dan bersedia menyertai pembinaan projek di negara asing melalui tender dan lain-lain. Di samping itu, China juga bersedia membincangkan kemungkinan kerjasama pengangkutan transit dengan negara jiran.
China dan negara ASEAN mempunyai hubungan kerjasama perkapalan yang baik dengan negara ASEAN, dan telah menandatangani perjanjian perkapalan, keadaan pelaksanaan perjanjian tersebut sangat baik. Kedua-dua pihak tersebut akan mengadakan kerjasama yang positif dalam penggunaan pelabuhan dan pengangkutan perdagangan laut berdasarkan perjanjian tersebut. Kapal Syarikat perkapalan China boleh singgah di pelabuhan kebanyakan negara ASEAN dan menubuhkan cawangan atau pejabat untuk menguruskan usaha perkapalan di negara itu, ini telah mendorong pertumbuhan ekonomi dan perkembangan perdagangan antara China dan ASEAN. Pasaran perkapalan antarabangsa China secara selanjutnya terbuka, syarikat perkapalan negara asing termasuk negara ASEAN boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak di China. Selain itu, China dan kebanyakan negara ASEAN merupakan anggota "Memorandum Tokyo Pentadbiran Pelabuhan", kedua-dua pihak tersebut secara aktif bekerjasama dan saling menyokong dalam pemeliharaan keselamatan perkapalan di laut dan perlindungan persekitaran laut.
Dalam bidang kerjasama pengangkutan penerbangan awam, untuk meningkatkan hubungan penerbangan subkawasan Sungai Mekong Besar, China dan negara ASEAN sejak tahun 2001 telah mempercepat proses rundingan tentang penerbangan. China telah mencapai pengaturan hak penerbangan yang baru dengan Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Myanmar dan lain-lain, memperluas destinasi penerbangan dan meningkatkan jumlah pengangkutan. Sejak Januari lepas, Air China dan Garuda Indonesia masing-masing memulihkan penerbangan langsung Beijing-Jakarta.
China dan ASEAN telah melaksanakan projek kerjasama penerokaan sumber tenaga profesional dalam bidang lalu lintas. Sejak hujung Mei hingga awal Jun tahun 2002, "projek latihan kepada kaptain, ketua masinis dan anggota pentadbiran keselamatan China dan ASEAN" di bawah mekanisme Jawatankuasa Kerjasama Persekutuan China-ASEAN telah diadakan di Shanghai dan Jinghong Provinsi Yunnan China, latihan tersebut mencapai kejayaan dan telah disanjung tinggi oleh peserta dari pelbagai negara ASEAN.
Keanggotaan China dalam WTO telah menyediakan dinamik yang baru terhadap pertumbuhan ekonomi China, China akan menyertai kerjasama dan persaingan ekonomi antarabangsa dengan ruang lebih luas. China akan menaati pelbagai janjinya kapada industri lalu lintas dunia, secara berterusan menyediakan iklim pasaran yang lebih adil, jelas dan boleh diramalkan, mendorong perusahaan China menyertai pembinaan infrastruktur dan kerjasama lalu lintas dan pengangkutan; di samping itu, China juga berharap usahawan negara ASEAN memegang peluang bersejarah yang China mempercepat perkembangan dan memperluas buka pintu, memperluas kerjasama dengan China dalam bidang lalu lintas dan pengangkutan, khususnya dengan aktif menyertai pembinaan infrastruktur lalu lintas dalam pembangunan kawasan barat China.
----Andika
|