|
Menurut Agensi Berita Xinhua, Presiden Bank Pusat Malaysia, Jeti dalam sidang akhbar semalam mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2003 telah mencatat 5.2%, antaranya pertumbuhan pada suku tahun ke-4 tahun 2003 mencapai 6.4%.
Jeti berkata, walaupun ekonomi Malaysia pada tahun 2003 dipengaruhi wabak SARS dan perang Iraq, tetapi tetap mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Pada tahun 2003, penggunaan dalam negara Malaysia bertambah 7%, eksport perdagangan bertambah 8%.
Difahamkan, pada tahun 2003, pemulihan ekonomi antarabangsa dan pertambahan keperluan komponen elektronik telah mendorong industri pembuatan Malaysia bertambah 8.2%. Serentak itu, kenaikan harga minyak sawit dan getah menyebabkan pertanian Malaysia bertambah 5.5%, industri perlombongan dan sector perkhidmatan masing-masing bertambah 4.8% dan 4.1%.
|