Perdana Menteri China, Wen Jiabao baru-baru ini telah menandatangani perintah Dewan Negara, mengemukakan Peraturan Anti Ubat Perangsang. Lantaran itu, China menjadi salah sebuah negara yang mengemukakan Peraturan Anti Ubat Perangsang oleh kerajaan. Pengemukaan peraturan itu telah mencerminkan pendirian kerajaan China anti ubat perangsang, dan tindakan itu akan menggalakkan usaha kesukanan China berkembang baik.
Peraturan tersebut terbahagi kepada enam fasal iaitu pentadbiran anti ubat perangsang, kewajipan anti ubat perangsang, pemeriksaan ubat perangsang dan lain-lain. Dalam peraturan itu dinyatakan bahawa pertubukan kesukanan dan unit pentadbiran atlet memberi ubat perangsang kepada atlet atau memaksa dan menipu atlet menggunakan ubat perangsang, orang yang bertanggungjawab dilarang terlibat dalam kerja pentadbiran dalam tempoh 4 tahun. Mereka yang melakukan tindakan serius dilarang melakukan kerja pentadbiran seumur hidup. Orang yang menjejaskan kecederaan atlet akan memberi ganti rugi di sisi undang-undang. Manakala orang yang melakukan jenayah akan dijatuhkan hukuman. Peraturan Anti Ubat Perangsang akan dikuatkuasa pada 1 Mac tahun ini.
Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Kesukanan Negara China, Li Furong ketika menyentuh tentang erti peraturan itu berkata,
"Pengemukaan peraturan itu akan menstandardkan kerja anti ubat perangsang, dan mencerminkan sikap dan pendirian anti ubat perangsang kerajaan China serta kalangan kesukanan China. peraturan itu pasti akan memainkan peranan positif untuk menggalakkan perkembangan usaha kesukanan China dengan baik."
Pada tahun 1989, China telah menetapkan prinsip "melarang, memeriksa dan mengendalikan" ubat perangsang. Kemudian Jabatan Pentadbiran Am Kesukanan Negara China dan Jawatankuasa Olimpik China menetapkan lebih 30 peraturan berkaitan. Jumlah pemeriksaan ubat perangsang meningkat kepada 5000 kes pada tahun lalu daripada 165 kes pada tahun 1990. Undang-undang Republik Rakyat China tentang Kesukanan yang digubal pada tahun 1995 juga mengandungi fasal tentang kerja anti ubat perangsang. Walau bagaimanpun, kes penggunaan ubat perangsang di kalangan kesukanan China sering berlaku dan ini membuktikan bahawa peraturan yang ditetapkan pada masa dahulu kurang sempurna. Masalah ubat perangsang juga termasuk mengeluarkan dan menjual ubat haram, atau mengatur dan menipu atlet menggunakan ubat perangsang. Pengemukaan peraturan itu itu secara berkesan mematahkan punca pengeluaran ubat perangsang. Ketua Pejabat Suruhanjaya Anti Ubat Perangsang Jawatankuasa Olimpik China, Shi Kangcheng berkata,
"Peraturan itu secara ketat mengawal punca ubat perangsang dan juga menetapkan tanggungjawab unit dan pegawai yang terlibat dalam penggunaan ubat perangsang atlet.
Peraturan Anti Ubat Perangsang dikemukakan dengan latar belakang usaha anti ubat perangsang semakin ditingkatkan. Banyak media massa menyebut tahun 2003 sebagai "Tahun Ubat Perangsang". THG sejenis ubat perangsang baru dibongkarkan setelah tersempunyi banyak tahun. THG telah menyebabkan ramai bintang sukan di A.S. dan Eropah yang makan ubat perangsang ini terjejas imej mereka. Shi Kangcheng berkata, "THG bukan pertama dan juga bukan yang terakhir, usaha anti ubat perangsang adalah rumit dan sukar dalam jangka panjang."
Persidangan Anti Ubat Perangsang Dunia pertama telah diadakan di Kopenhagen, Denmark pada Mac tahun lalu. Para hadirin dengan sebulat suara meluluskan Peraturan Anti Ubat Perangsang Dunia. Pada Oktober tahun lalu, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) juga menggubal Peraturan Anti Ubat Perangsang Antarabangsa. Lantaran itu, Li Furong menyatakan bahawa anti ubat perangsang merupakan masalah yang dihadapi oleh pertubuhan kesukanan antarabangsa dan jawatankuasa olimpik pelbagai negara dan kawasan.
Pada masa ini, hanya Perancis, Itali dan China telah menggubal dan mengemukakan Peraturan Anti Ubat Perangsang. Sukan Olimpik akan diadakan di Athens pada tahun ini dan Beijing akan mengadakan Sukan Olimpik pada tahun 2008. Pengemukaan Peraturan Anti Ubat Perangsang China akan mengutarakan pendirian anti ubat perangsang China. Li Furong berkata,
"Beijing China akan menyelenggarakan Sukan Olimpik tahun 2008. Semasa mengemukakan permohonan, kami sudah berjanji akan menghapuskan ubat perangsang. Ini bererti penting demi Beijing menyelenggarakan Sukan Olimpik yang terbaik dalam sejarah."
----Wang Jin
|