|

Pada 26 Februari, dua orang angkasawan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa telah berjalan di angkasa lepas secara bersama-sama. Ini merupakan kali pertama angkasawan-angkasawan berjalan di angkasa lepas dengan tinggalkan stesen yang kosong.
Kedua-dua angkasawan tersebut ialah Michael Foale dari Amerika Syarikat dan Alexander Kaleri dari Rusia.
Perjalanan itu dijadualkan akan berlangsung selama 5 jam 45 minit, tetapi 3 jam selepas mereka berjalan, Kaleri melaporkan bahawa pakaian angkasa lepas beliau ada masalah. Misi berjalan itu terpaksa berhenti.

|