Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-28 15:39:46    
Thailand dan India Buat Reaksi Keras terhadap Laporan Hak Asasi Manusia A.S.

CRI
Menurut berita CRI, Thailand dan India semalam membuat reaksi yang keras terhadap Laporan Hak Asasi Manusia Negara Asing Tahunan 2003 yang dikeluarkan oleh A.S. baru-baru ini.

Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra di Bangkok berkata, laporan itu tidak berdasarkan hakikat, mencela dengan tidak beralasan tindakan kerajaan Thailand untuk membanteras kegiatan penyeledupan dadah. Kerajaan Thailand menyatakan ketidakpuasan dan menentang tegas terhadap laporan itu.

Jurucakap Kementerian Luar India, Navtej Sarna semalam menyatakan bahawa pihak India tidak menghiraukan celaan terhadap keadaan hak asasi manusia yang dibuat dalam Laporan Hak Asasi Manusia Negara Asing yang dikemukakan oleh A.S. baru-baru ini. Beliau berkata mengeluarkan laporan hak asasi manusia merupakan tindakan yang harus dilakukan oleh A.S. setiap tahun, ia sama sekali tidak perlu diperhatikan oleh India.