Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-28 17:21:12    
Wabak Denggi Merebak dengan Pesat di Indonesia

CRI
Menurut berita CRI, jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia semalam di Jakarta menyatakan bahawa wabak denggi merebak dengan pesat di pelbagai tempat di Indonesia, jumlah kematian akibat penyakit denggi telah meningkat kepada 322 orang, selain itu terdapat lebih 18 ribu oang pesakit menghidap penyakit itu.

Jurucakap itu berkata, semenjak wabak denggi dikesan di sebahagian kawasan di Indonesia pada 17 bulan Januari yang lalu, wabak itu telah merebak dengan pesat ke lebih 30 provinsi di negara itu. Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri telah menyeru supaya hospital di seluruh negara memberi rawatan secara percuma kepada pesakit denggi yang miskin.