Wartawan CRI melaporkan bahawa baru-baru ini, Naib Ketua Pengarah Biro Hak Cipta Intelek China, Li Yuguang menyatakan, melalui perkembangan pada lebih 20 tahun yang lalu, system pelindungan hak cipta intelek yang lebih lengkap, moden dan selaras dengan standard antarabangsa telah dibentukkan pada asasnya.
Demikian dinyatakan oleh pegawai tersebut dalam seminar antarabangsa hak cipta intelek. Beliau berkata, sistem undang-undang hak ciptat intelek yang berdasarkan hak paten, hak cap dagang dan hak karya telah dibentukkan pada asasnya dan terus disempurnakan, serentak itu, China juga menganggotai dengan aktif pertubuhan antarabangsa melibatkan pelindungan hak cipta intelek dan menyelaraskan sistem pelindungan hak cipta intelek China dengan tuntutan dunia.
|