Wartawan CRI melaporkan bahawa Pameran Kejayaan Usaha Pelajar China Kembali dari Luar Negara berkhidmat kepada tanah air iadakan di Beijing hari ini. Sebanyak lebih 1100 buah projek yang dipamerkan adalah hasil yang cemerlang yang dicapai oleh pelajar China kembali dari luar negara dalam usaha mereka di China.
Menurut statistik, pada lebih 20 tahun yang lalu, jumlah pelajar China melanjutkan pelajaran ke negara asing telah melebihi 700 ribu orang, antaranya lebih 170 ribu orang kembali ke China.
Menteri Personel China, zhang Bolin mendedahkan bahawa kerajaan China akan mengambil beberapa tindakan lagi untuk terus menarik dan menggalakkan pelajar China di luar negara kembali ke China dan berkhidmat kepada tanah air dengan pelbagai cara.
|