Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-01 13:16:45    
Bandar Emeishan Mengadakan Pembaharuan terhadap Badan Perubatan di Kawasan Desa

CRI
China mempunyai seramai hampir 800 juta penduduk di kawasan desa. Dalam jangka masa lama yang lalu, badan perubatan di kawasan desa China mempunyai banyak masalah seperti kemudahan perubatan yang mundur, jumlah doktor dan jururawat agak kurang dan lain-lain, sehingga agak sukar meningkatkan taraf kesihatan kaum petani. Untuk mengatasi situasi tersebut, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan China giat mengadakan pembaharuan terhadap badan perubatan di kawasan desa dan pelbagai tempat juga mengadakan percubaan yang baik. Antaranya, percubaan yang dijalankan oleh bandar Emeishan, Provinsi Sichuan, bahagian barat daya China agak berjaya dan menyediakan pengalaman yang berfaedah bagi tempat yang lain.

Terdapat 14 pekan dan mukim di bandar Emeishan, dan setiap pekan dan mukim mempunyai sebuah klinik. Tidak berapa lama yang lalu, sewaktu mengadakan wawancara di klinik pekan Guihuaqiao yang terletak 10 kilometer dari pusat bandar Emeishan, wartawan CRI mendapati klinik 3 tingkat di situ telah diperbaiki, persekitaran dalam klinik bersih dan pelbagai kemudahan perubatan umumnya lengkap seperti alat pengembas, elekrokardiogram dan lain-lain. Rramai orang sedang berbaris menunggu giliran mendapatkan rawatan.

Lin Shengli, petani pekan Guihuaqiao sedang menerima rawatan, beliau berkata kepada wartawan, "Pada masa dahulu, klinik ini agak lama dan kemudahannya tidak moden, kami tidak begitu mempercayai doktor. Sekarang klinik ini sudah diperbaiki, doktor telah meningkatkan taraf kepakaran mereka dan mereka amat baik. Vad dari hospital di bandar tidak ada TV, sedangkan vad pesakit di sini disediakan TV dan para pesakit berasa puas hati. Selain itu, kos perubatan di sini lebih murah daripada hospital besar."

Encik Li Chongde, Ketua Biro Kesihatan Bandar Emeishan berkata kepada wartawan bahawa sejak tahun 2000, bandar Emeishan menumpu perhatian utamanya ke kawasan desa, meningkatkan peruntukan dan melancarkan beberapa pembaharuan terhadap klinik di pelbagai pekan dan kampung. Beliau memaklumkan, "Kami memilih sejumlah pegawai perubatan yang baik dari hospital bandar dan melantik mereka sebagai Ketua Pegawai Perubataan di Klinik di pelbagai pekan dan kampung. Pada awal tahun, mereka menetapkan sasaran kerja dan akan diperiksa hasilnya pada penghujung tahun. Seterusnya, kami berdasarkan penilaian tersebut menganugerahi atau menghukum mereka supaya dapat menggalakkan mereka memperbaiki kerja. Kami berterusan memperbaiki 10 klinik di pekan dan mukim dan menambah sejumlah kemudahan yang baru."

Zhang Min adalah seorang petani yang tinggal di pekan Guihuaqiao dan kerana mengalami demam, beliau mendapatkan rawatan di klinik pekan. Beliau berkata kepada wartawan, "Kami suka datang ke sini, kerana kos perubatannya musnabah. Seperti penyakit saya, kalau dirawat di hospital besar, kadar bayarannya sekurang-kurangnya 70 hingga 80 yuan RMB. Tetapi kos perubatan di sini hanya lebih 30 yuan RMB. Selain itu, persekitaran di sini bersih dan perkhidmatannya bagus."

Pada masa ini, jumlah pesakit di Klinik Pekan Guihuaqiao mencatat lebih 1,500 orang setiap bulan dan meningkat 2 kali ganda berbanding pada masa dahulu. Pendapatan klinik juga turut meningkat secara besar-besaran dan mencapai 500 ribu yuan RMB pada tahun 2002. Pendapatan kakitangannya juga meningkat dengan ketara. Ketua Klinik Pekan Guihuaqiao Dr. Ma Xinguo berkata kepada wartawan bahawa bagaimana menjadikan kliniknya mencapai kemajuan lebih besar adalah perkara yang diberi tumpuan utama. Beliau berkata, "Melalui pembaharuan, klinik kami mengalami perubahan yang besar sekali. Kami berharap melalui perkembangan selanjutnya, klinik kami dapat berkembang lebih maju supaya lebih baik menyediakan perkhidmatan kepada kaum petani".

----Azmi