Kaunti Yangsuo, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, bahagian barat daya China mempunyai pemandangan alam yang indah sekali dan menarik ramai pelancong China dan asing setiap tahun. Keindahan pemandangannya menyebabkan ramai orang asing tidak mahu pulang dan membuka hotel atau kedai kopi, ada yang berkawndengan orang China tempatan dan merancang tinggal di sana seumur hidup mereka. Encik Hayashi Katsuyuki berasal dari Jepun, beliau bukan orang kaya, tetapi mengalami banyak cerita yang bermakna.
Hayashi sudah berumur lebih 50 tahun, sebelum datang ke China, beliau pernah bekerja sebagai sukarelawan antarabangsa selama lebih 30 tahun di Nepal dan Thailand. Beliau membantu penduduk tempatan membina pelbagai kemudahan umum seperti jana kuasa. Setelah tiba di Yangsuo, Hayashi masih suka melakukan kerja-kerja kebajikan, dan ingin menjadikan lebih ramai orang boleh menikmati pemandangan sungai Lijiang yang indah. Beliau berkata, "Sewaktu kali pertama saya datang ke sini menyaksikan pemandangan pada tahun 1996, jalan Pashan masih belum dibina di gunung Laozaishan. Saya bersama-sama dengan seorang penduduk tempatan mendaki gunung tersebut, kami harus mempersiapkan banyak barang keperluan baru boleh mendaki gunung tersebut. Pemandangan sungai Lijiang indah sekali jika dilihat dari atas gunung itu. Maka, saya merancang akan membina satu jalan untuk mendaki gunung."
Setelah disahkan oleh kerajaan tempatan di pekan Xingping, Hayashi mula membina jalan untuk mendaki gunung Laozaishan yang tingginya lebih 500 meter. Setahun kemudian, Hayashi menyelesaikan pembinaan jalan untuk mendaki gunung Laozaishan yg mempunyai lebih 1000 tingkat. Rakyat tempatan di pekan Xingping amat terharu terhadap sumbangan beliau. Encik Hayashi memutuskan untuk bekerja lebih kuat untuk kemajuan Xingping. Beliau berkata, "Kerana cuaca yang terlalu panas di atas gunung Laozaishan, saya membina pavilion persahabatan. Pada musim gugur tahun 1998, saya membina lagi pavilion perdamaian di tengah gunung dan menyelesaikan pembinaannya pada penghujung tahun 1999. Saya akan membina satu tandas umum percuma. Jika sudah habis duit, saya pulang ke Jepun mencari kerja. Terdapat 50 hingga 60 kawan saya di Jepun membantu saya dan menyumbang derma 2 juta Yen Jepun kepada saya."
Hayashi selalu mengirim foto kepada kawannya di Jepun, dan menulis surat memperkenalkan pemandangan alam yang indah di Xingping serta hal yang beliau usahakan dan mengajak lebih ramai orang Jepun melancong ke Xingping. Dimaklumkan bahawa pada tahun 1997 iaitu sebelum jalan gunung Laizaishan dibina, hanya terdapat ribuan orang melancong ke Xingping setiap tahun. Tetapi setakat penghujung tahun lalu, terdapat lebih 50 ribu pelancong China dan asing telah mengunjungi kawasan tersebut. Hayashi menjadi tokoh ternama di pekan Xingping dan turut diundang sebagai 'Duta Besar Imej' pelancongan pekan Xingping.
Kebaikan Encik Hayashi mendapat perhaatian seorang gadis Guangxi yang bernama Tong Bincai. Ketika membicarakan cerita mereka saling mengenali, Cik Tong berkata, "Saya mengetahui Hayashi melalui pengenalan dalam acara TV dan berasa beliau orang yang baik. Beliau menghabiskan wang sendiri dan bekerja dengan sendiri sewaktu membina pavilion. Saya berasa orang asing itu luar biasa."
Dengan demikian, Cik Tong mula menulis surat kepada Hayashi dan menghubunginya melalui telefon. Setahun kemudian, mereka mula saling mencintai. Pada tahun 2002, sewaktu Hari Raya Tahun Baru China, kedua-dua kekasih yang berbeza warganegara itu berjumpa lagi dan berkawin setengah tahun kemudian.
Sekarang Hayashi dan Tong Bincai bersama-sama menguruskan sebuah hotel kecil yang berfungsi sebagai satu jendela untuk memperkenalkan pemandangan sungai Lijiang dan kebudayaan China kepada pelancong asing.
----Azmi
|