Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-01 16:44:53    
Pembaharuan Dilaksanakan di Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas China

Agensi Berita Xinhua China
Kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou V" China berjaya dilancarkan dan mendarat dengan selamat. Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas China yang bertanggungjawab atas tugas penyelidikan sistem kapal angkasa lepas dan roket pembawanya ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat di dalam dan luar negara. Sebenarnya gejala yang terdapat tenaga profesional tidak ingin bertugas di syarikat itu dan para pekerja merasa keraguan terhadap prospek perkembangan syarikat itu pernah wujud pada masa dahulu. Setelah pembaharuan dan inovasi dilaksanakan, sistem pengurusan dan mekanisme pengopreasian yang sesuai dengan ekonomi pasaran sosialisme telah dibentuk di Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas China dan 3 hasil keluaran utama seperti sistem senjata peluru berpandu, teknologi dan barang keluaran penerbangan angkasa lepas dan barang keluaran kegunaan awam telah dibentuk.

Ketua Pengarah Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas China, Encik Zhang Qingwei memberitahu wartawan, sejak syarikat kumpulan ditubuhkan, kemajuan penting telah dicapai dalam pelbagai bidang termasuk teknologi kemudahan senjata; peningkatan taraf penyelidikan teknologi dan pembuatan roket pembawa dan satelit; teknologi penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan dan lain-lain.

Kemajuan syarikat itu telah mendorong perkembangan perusahaan penerbangan angkasa lepas China dan juga menjadikan syarikat itu sebagai kumpulan perusahaan sains dan teknologi tinggi penerbangan angkasa lepas yang terkenal di arena antarabangsa.

Menurut Ketua Pengarah syarikat itu Encik Zhang Qingwei, pelaksanaan pembaharuan dan inovasi amat penting bagi syarikat itu mencapai perkembangan dalam pelbagai bidang dalam tempoh yang singkat. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kumpulan pemimpin syarikat itu sentiasa mengambil perhatian terhadap pembaharuan dan inovasi.

Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas China sentiasa berada di tempat terdepan dalam inovasi teknologi, sistem, mekanisme dan pengurusan. Pelaksanaan pembaharuan yang lambat tidak bermanfaat bagi perkembangan syarikat itu dalam persaingan yang sengit. Sehubungan dengan itu, untuk mempercepat penyusunan semula keupayaan struktur penyelidikan sains dan pengeluaran, syarikat itu giat mendorong pengubahsuaian institusi penyelidikan, menyempurnakan pengaturan sumber dan membebaskan tenaga produksi. Syarikat itu giat mengembangkan teknologi nuklear, membentuk barang keluaran keunggulan, mewujudkan industriliasasi dan meletakkan asas bagi syarikat itu berkembang secara perterusan.

Persaingan sains dan teknologi tinggi dalam bidang penerbangan angkasa lepas yang kuncinya ialah persaingan tenaga profesional. Bagaimana menarik, melatih dan mengguna tenaga profesional bersangkut paut dengan perkembangan secara sihat perusahaan penerbangan angkasa lepas China, juga bersangkut paut dengan survival dan perkembangan Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas China. Sehubungan dengan itu, tindakan-tindakan pembaharuan mekanisme penggunaan tenaga profesional telah diambil dalam syarikat itu seperti menggalakkan para pekerja dengan konsep kepentingan negara dan matlamat kemakmuran negara dan tentera dengan sains dan teknologi; menghormati tenaga profesional dan hasil penyelidikan mereka; menggunakan dan melatih tenaga profesional dalam projek kebangsaan yang penting seperti projek penerbangan ankasa lepas pembawa angkasawan.

----Ching