Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-01 17:53:08    
Pekerja Wanita Mainkan Peranan yang Semakin Penting dalam Bidang Politik, Kebudayaan dan Ekonomi di Tibet China

CRI
Wartawan mendapat maklumat dari Sidangan Suruhanjaya Pekerja Wanita Ketiga Dewan Kesatuan Sekerja Tibet yang diadakan baru-baru ini, pekerja wanita memainkan peranan yang penting dalam aktiviti politik, kebudayaan dan ekonomi. Seiring dengan kemajuan zaman, pembangunan pasukan pekerja wanita akan terus ditingkatkan. Suruhanjaya Pekerja Wanita Tibet telah membuat sejumlah besar kerja untuk menggalakkan para pekerja wanita menceburkan diri dalam pelbagai pembangunan perusahaan Tibet dan memelihara kepentingan dan hak yang sah mereka. Sekarang, 392 buah Suruhanjaya Pekerja Wanita Kesatuan Sekerja asas telah ditubuhkan di Tibet dengan jumlah pegawai wanita seramai lebih 500 orang.

Suruhanjaya Pekerja Wanita pelbagai peringkat banyak kali menyediakan peluang kepada para pekerja wanita untuk menyertai latihan profesional, mengorganisasi pekerja wanita Tibet mengadakan lawatan dan tinjauan di bandar Beijing, Shenzhen dan Provinsi Guangdong untuk memperluaskan pandangan, menambah pengetahuan dan pengalaman mereka agar keupayaan pekerjaan dan kualiti para pegawai wanita ditingkatkan.

Suruhanjaya Pekerja Wanita Kesatuan Sekerja Tibet pelbagai peringkat mengunjungi para pekerja wanita yang mengalami kesukaran dan membantu mereka menyelesaikan kesukaran tersebut. Semasa hari raya seperti "Hari Kaum Wanita" yang jatuh pada 8 Mac dan "Hari Kanak-kanak" yang jatuh pada 1 Jun setiap tahun, Suruhanjaya Pekerja Wanita melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk mengunjungi dan memberi bantuan kewangan sebanyak lebih 200 ribu Yuan RMB kepada seramai lebih 800 orang pekerja yang mengalami kesukaran, anggota keluarga pekerja, kanak-kanak pekerja wanita yang mengalami kesukaran dan kanak-kanak yang cacat dan yatim. Selain itu, Suruhanjaya Pekerja Wanita juga mengundang pakar genikologi terkenal membuka "Kursus Pengetahuan Perawatan Pekerja Wanita" sebanyak 86 kali di Tibet untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan kesedaran perawatan para pekerja wanita Tibet. Tindakan tersebut mendapat sambutan pekerja wanita.

Untuk bersesuaian dengan permintaan situasi baru, menjamin hak dan kepentingan pekerja wanita di sisi undang-undang, pada tahun-tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Pekerja Wanita Tibet melaksanakan aktiviti belajar dan pengenalan tentang peraturan dan undang-undang seperti "Undang-undang Dewan Kesatuan Sekerja", "Undang-undang Buruh", "Undang-undang Perkahwinan", "Undang-undang Jaminan Hak dan Kepentingan Wanita" dan "Peraturan Perlindungan Pekerja Wanita", menyertai dengan positif pemindaan dan penetapan "Program Pembangunan Wanita Tibet" dan "Program Pembangunan Kanak-kanak Tibet".

Suruhanjaya Pekerja Wanita Kesatuan Sekerja pelbagai peringkat melaksanakan pelbagai aktiviti seperti memberi latihan, mengadakan persaingan keupayaan teknik, inovasi teknologi, menjalankan penciptaan dan penemuan dan mengemukalan cadangan yang rasional untuk meningkatkan kualiti para pekerja wanita dan meningkatkan kesan ekonomi. Sejak aktiviti tersebut dilaksanakan, sejumlah koleksi pekerja wanita, perseorangan pekerja wanita terbaik telah dipilih, ini menggalakkan kemajuan etikal dan kebudayaan para pekerja wanita di Tibet, memainkan peranan penting dengan penuh para pekerja wanita dalam pembangunan modenisasi Tibet.

----Ching