Menurut Agensi Berita Xinhua: Jurucakap penerangan Kementerian Pertanian China mengumumkan hari ini, wabak selesema burung telah dihapuskan di bandar Binzhou Provinsi Hunan dan Maoming Provinsi Guangdong China. Sekatan telah dibatalkan terhadap kedua-dua bandar tersebut.
Kementerian Pertanian China menuntut badan penyeliaan pencegahan wabak haiwan tempatan meningkatkan pengawasan untuk mencegah wabak selesema burung merebak berulang lagi.
Setakat ini, sekatan telah dibatalkan terhadap 27 tempat China yang dikesan selesema burung kerana wabak itu telah dihapuskan.
|