Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis China memaklumkan, sejak Rancangan Latihan Sains dan Teknologi Petani Muda dilaksankan pada tahun 1999, seramai lebih 2 juta petani muda China telah mengikuti latihan dan berjaya mencipta keuntungan sosioekonomi yang besar.
Dimaklumkan bahawa China mempunyai petani muda yang berumur di bawah 35 tahun seramai lebih 200 juta orang. Meneroka sumber tenaga petani muda dan meningkatkan taraf sains dan teknologi mereka telah menjadi salah satu strategi negara China. China berharap melalui latihan sains dan teknologi terhadap petani muda, akan berjaya mendidik petani yang mempunyai kepakaran teknologi dan kemahiran berurusniaga.
|