|
Sulaman ialah sejenis kraf tangan China yang amat istimewa.
Sulaman China bermula dari lebih 2000 tahun yang lalu. Pada ketika itu, sulaman itu penuh dengan pola naga dan burung phoenix. Pakaian pegawai pada zaman purba Chin a kebanyakannya menyulam dengan pola matahari, bulan, bintang, naga, ular sawa, burung dan binatang yang menandakan pangkat. Di samping itu, sulaman juga adalah sejenis kesenian yang amat digemari oleh rakyat China.
Di China terdapat empat jenis sulaman, iaitu Sulaman Su dari Provinsi Jiangsu, Sulaman Xiang dari Provinsi Hunan, Sulaman Yue dari Provinsi Guangdong, dan Sulaman Shu dari Provinsi Sichuan. Sulaman-sulaman tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sulaman Su berwarna cerah dan sulaman yang dihasilkan itu kelihatan seolah-olah benar. Sulaman Xiang penuh imaginasi dan banyak menyulam dengan pola-pola gunung, sungai dan binatang. Sulaman Yue kebanyakan berpola bunga dan rumbut. Manakala Sulaman Shu kelihatannya kasar, tetapi tahan lasak.
Sulaman bukan sahaja ialah barang kraf tangan yang bergaya, tetapi juga berkaitan erat dengan kehidupan rakyat. Di China, sulaman telah dijadikan hiasan seperti sarung bantal, sarung gebar, alas meja dan sebagainya. Selain itu, pakaian sulaman China amat digemari oleh kaum wanita di dalam da luar negara.
|