Menurut berita CRI: Perdana Menteri China Wen Jiabao di Beijing semalam menyatakan, kerajaan China menumpukan perhatian terhadap pencegahan dan kawalan wabak selesema burung, mengambil beberapa langkah untuk mencegah perebakan wabak itu.
Semasa bertemu dengan wakil yang menyertai Sidang khas pencegahan dan kawalan selesema burung China-ASEAN, Wen Jiabao menyatakan, kerajaan China bersedia meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dan pertubuhan antarabangsa dalam bidang kesihatan awam, penyeliaan kualiti, pemeriksaan dan kuarantin, terus meningkatkan hubungan rakan strategi China-ASEAN, memperkukuh dan memperdalam penyelarasan dan kerjasama antara China dengan pertubuhan antarabangsa berkaitan.
|