Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-04 15:34:53    
Pasukan Bola Keranjang Lelaki China Melantik Jurulatih NBA

CRI
Persatuan Bola Keranjang China mengadakan sidang akhbar di Beijing Pada 20 Feb lalu, dan secara rasmi mengumumkan pembantu jurulatih Pasukan Bola Keranjang Dallas Mavericks dari NBA A.S Encik Del Harris menyandang jawatan Ketua Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan China. Sebagai ketua jurulatih asing yang pertama dalam sejarah pasukan bola keranjang lelaki kebangsaan China, Harris ditugaskan mengetuai pasukan China berjuang memenangi 8 tempat teratas dalam pertandingan bola keranjang lelaki Sukan Olimpik 2004 Athens.

Dalam Sidang akhbar yang diadakan pada 20 Feb lalu, Naib Pengerusi Persatuan Bola Keranjang China Encik Hu Jiashi mengumumkan,

"Berdasarkan rancangan persiapan Sukan Olimpik Tahun 2004 dan Sukan Olimpik Tahun 2008, Persatuan Bola Keranjang China memutuskan melantik pembantu jurulatih Pasukan Bola Keranjang Dallas Mavericks dari NBA A.S menyandang jawatan Ketua Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki China yang baru, manakala, bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Lithuania Encik Jonas Kazlauskas, ketua jurulatih Kelab Bola Keranjang Lelaki 1 Ogos China Encik A Dijiang dan ketua jurulatih Klub Bola Keranjang Lelaki Shougang Beijing China Encik Min Lulei menyandang jawatan Pembantu Jurulatih, maka kumpulan jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki China yang baru terdiri daripada jurulatih China dan jurulatih asing.

Setelah mengetahui dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki China, Encik Del Harris berkata dengan gembira,

"Saya berasa mendapat penghormatan tinggi kerana berpeluang melatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan China dan mewakili negara dan rakyat China yang mulia. Saya sukar membayangkan boleh mendapat tugas itu. Saya menjamin saya akan sedaya upaya menjadikan pasukan itu sehebat mungkin."

Memandang Encik Del Harris masih terikat kontrak dengan pihak Dallas Mavericks sebelum itu, maka sehingga bulan Mei nanti, beliau baru secara rasmi menjadi ketua jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan China. Ia bererti sebelum Sukan Olimpik Athens yang akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini, Encik Del Harris hanya mempunyai 3 bulan sahaja untuk melatih Pasukan China. Tetapi, beliau tidak menganggap masa itu tidak cukup. Beliau berkata,

"Di A.S., baik pasukan universiti, pasukan sekolah menengah, mahupun pasukan NBA, masa untuk berlatihan bersama-sama tidak melebihi sebulan atau 6 minggu. Kami dengan sebaik mungkin menangani kerja itu dan kami mempunyai masa yang cukup. Misalnya, Encik Yao Ming, atlet bola keranjang yang terkenal, setelah selesai musim pertandingan ini, saya tidak mendesak beliau turut menyertai latihan dalam Pasukan Kebangsaan pada hari esok atau minggu berikutnya, kerana beliau harus mempunyai masa yang cukup untuk berehat. Jika kami mahu Encik Yao Ming mencapai kejayaan besar dalam Sukan Olimpik, kami harus memberinya masa berehat yang cukup kepadanya."

Dalam arena sukan China, melantik jurulatih asing sudah menjadi perkara biasa. Pasukan Bola Sepak Lelaki Kebangsaan China pernah beberapa kali melantik 4 jurulatih asing, antara mereka, Encik Bora Milutinovic yang berasal dari Yugoslavia pernah mengetuai Pasukan China dan buat kali pertama berjaya membawa pasukan China layak menyertai Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia pada tahun 2002; Encik Kim Chang Back yang berasal dari Republik Korea pernah mengetuai Pasukan Hoki Wanita Kebangsaan China memenangi Johan Pertandingan Kejohanan Dunia tahun 2002.

----Azmi