Laluan penerbangan dari Singapura ke bandar Nanjing China akan dibuka oleh Syarikat Penerbangan Singapura pada 28 Mac nanti. Selain ke bandar Nanjing, kapal terbang Singapura boleh juga terbang langsung ke bandar Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.
Berdasarkan maklumat, ramai pelancong dari bandar Nanjing melancong ke Singapura. Pada tahun 2002, seramai 25 ribu pelancong Singapura melancong ke Nanjing; manakala setiap tahun, terdapat kira-kira 20 ribu pelancong Nanjing melancong ke Singapura. Para pelancong mengalu-alukan pembukaan laluan penerbangan Singapura-Nanjing.
|