Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Encik Hasan Wirayuda, Menteri Luar Indonesia—negara Pengerusi Bergilir ASEAN ketika Sidang Tidak Rasmi Menteri Luar ASEAN ditutup di Bandar Ha Long, Vietnam semalam telah berkata, ASEAN menegaskan lagi pendirian tentang dasar "Satu China" yang sentiasa dipertahankannya.Hasan Wirayuda berkata, Menteri Luar atau wakil dari 10 negara ASEAN semalam telah membincangkan 3 isu utama ASEAN iaitu keamanan, ekonomi dan kebudayaan sosial.
Menyentuh isu penggubalan rancangan tindakan keamanan ASEAN, para peserta dengan sebulat suara bersetuju akan terus mengkaji isu itu.
|