Menurut Agensi Berita Xinhua: Menteri Perdagangan China baru Encik Bo Xilai semasa bertemu dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Tung Chee Hwa di Beijing semalam menyatakan, Tanah Besar China akan mendorong pertukaran dan kerjasama dengan Hong Kong dalam bidang ekonomi dan perdagangan, menyokong pertumbuhan ekonomi Hong Kong.
Menurut Bo Xilai, pada masa ini, Hong Kong merupakan rakan perdagangan ke-3 besar bagi Tanah Besar, tempat asal pelaburan dan destinasi pelaburan terbesar. Tanah Besar akan meningkatkan kerjasama dengan Hong Kong dalam bidang ekonomi dan perdagangan, mendorong bersama-sama pertumbuhan ekonomi.
|