Menurut berita CRI: berdasarkan dua laporan yang dibaca dalam sidang tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China hari ini, kerajaan China akan mengambil banyak tindakan tahun ini untuk mengurangkan risiko dalam pertumbuhan ekonomi, mewujudkan perkembangan ekonomi kebangsaan secara berterusan dan sihat dan kemajuan masyarakat yang menyeluruh.

(Menteri Kewangan China, Jin Renqing)

(Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China, Ma Kai)
Kedua-dua laporan itu ialah laporan rang perkembangan sosioekonomi negara tahun 2004 dan laporan rang cadangan belanjawan.
Kerajaan pusat China merancang untuk mengambil tindakan seperti: kerajaan tidak lagi memperluaskan skop defisit pada tahun ini, terus mengurangkan jumlah pengedaran bon negara. Selain itu, kerajaan pusat juga merancang untuk mengawal skop pelaburan aset tetap.
Berdasarkan kedua-dua laporan itu, kerajaan China akan berusaha untuk membolehkan pendapatan kaum tani perkapita tahun ini meningkat 5% berbanding dengan tahun lalu, mengawal kadar pengangguran di bandar dan pekan pada 4.7%.
|