Menurut Agensi Berita Xinhua, pegawai berkaitan Kementerian Kewangan China hari ini memaklumkan bahawa setelah wabak selesema burung dikesan di pelbagai tempat di China tahun ini, Kementerian Kewangan pusat dengan aktif menyokong kerja pencegahan wabak selesema burung dan mengemukakan dasar untuk memangkin perkembangan penternakan yang stabil.
Menurut pegawai itu, setakat penghujung Febuari lalu, peruntukan kewangan pusat dan pelbagai tempat untuk kawalan selesema burung berjumlah lebih 800 juta yuan RMB. Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian China bersama-sama menggubal dan mengemukakan dasar subsidi. Kerajaan dengan sedaya upaya memelihara kepentingan kaum tani di kawasan berkaitan.
|