Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-08 15:25:52    
China Melaksanakan Perkhidmatan Perubatan di Luar Negara Selama 40 Tahun

CRI
Dalam tempoh 40 tahun lalu, doktor China melaksanakan perkhidmatan perubatan di lebih 60 buah negara dan kawasan di Afrika, Asia, Amerika Latin, Eropah dan Oceania. Tugas yang dilaksanakan oleh doktor China digelar sebagai contoh kerjasama China dengan negara-negara membangun.

Dr. Hao Yongcun yang berusia lebih 50 tahun pernah menyertai dua kali misi perubatan di Benin pada tahun 1993 dan tahun 1999, beliau bertugas di Benin selama 5 tahun. Dalam tempoh perkhidmatan itu, beliau pernah dianugerahkan pingat kesateria, penghormatan paling tinggi negara Benin yang diberikan kepada pakar asing yang berkhidmat dengan cemerlang membantu Benin dalam bidang perubatan. Apabila membicarakan tentang pengalamannya di Benin, Dr. Hao Yongcun menyatakan, "Tidak lama setelah saya pergi ke Benin buat kali kedua, saya berjaya menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan kanser hati dan rawatan kanser buah dada. Kerja saya menarik perhatian dan disanjung tinggi oleh rakan sejawat saya dari Benin. Selepas itu, apabila saya mengemukakan cadangan, cadangan saya diterima dengan segera. Pada masa ini, saya tetap rindu akan Benin. Jika terdapat peluang, saya bersedia bertugas menjadi pegawai perubatan China ke luar negara sekali lagi."

Dalam tempoh 5 tahun tersebut, Dr. Hao Yongcun bersama-sama dengan lebih 40 doktor China berkhidmat di 3 tempat di Benin. Jumlah pembedahan besar dan sederhana yang dijalankan oleh mereka berjumlah 8900 kes. Apabila mereka berjaya menyelamatkan seorang pesakit yang jantung, paru-paru dan barah hati pada masa yang sama, Menteri Kesihatan Benin mengunjungi pesakit dan doktor China dan menyatakan doktor China mencipta keajaiban perubatan di Benin. Beliau menyeru doktor Benin belajar dengan pakar China.

Dalam tempoh 40 tahun lalu, ramai doktor China mengatasi kesukaran bahasa, iklim, syarat kehidupan dan perubatan, mengobarkan semangat kemanusiaan, bekerjasama dengan doktor dan jururawat pelbagai negara, menyediakan perkhidmatan kepada rakyat tempatan, seramai lebih 240 juta pesakit telah dirawat; disamping itu, doktor China juga menyelenggarakan pelbagai kursus latihan untuk melatih doktor dan jururawat tempatan, setakat ini seramai lebih 3 ribu doktor dan jururawat telah dilatih di pelbagai negara, mereka menjadi doktor penting dalam bidang perubatan negara mereka.

Tugas yang dilaksanakan oleh doktor China mendapat sanjungan tinggi. Duta Besar Djibouti di China Moussa Bouh Odowa semasa diwawancara oleh wartawan radio kami menyatakan, "Pegawai perubatan China menjalankan tugas yang baik di Djibouti. Kami merakamkan terima kasih kepada mereka. Djibouti merupakan negara yang sangat kecil, kami berasa gembira mendapat bantuan China."

Naib Perdana Menteri China Puan Wu Yi dalam satu sidang berkaitan menyatakan, menyokong dan membantu negara-negara membangun merupakan kewajipan China, China akan terus mendorong perkembangan perubatan di luar negara. Beliau berkata, "Dalam tempoh 40 tahun lalu, China menghantar doktor untuk memberi bantuan kepakaran perubatan di negara lain. Jumlah doktor, negara yang terlibat dan perkhidmatan yang disediakan tidak dapat dibandingi oleh sebarang negara di dunia. Melalui bantuan China, taraf kesihatan rakyat negara-negara membangun itu telah ditingkatkan. Tidak kira situasi antarabangsa mengalami pergolakan, China akan terus meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara membangun."

----Ching