Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-08 14:35:17    
Kampung San Fangxiang di Provinsi Jiangsu, Bahagian Timur China

CRI
Kampung San Fangxiang terletak di pinggir luar bandar yang sejauh 16 kilometer dari timur bandar Jiang Yin provinsi Jiang Su, bahagian timur China. Sejak melaksanakan dasar pembaharuan dan membuka pintu, Kampung San Fangxiang menggunakan keunggulan sendiri, melaksanakan inovasi dengan berani, mencapai kejayaan yang ketara dan menjadi contoh pembangunan kampung sosialisme China.

Kampung San Fangxiang baru selesai dibina pada tahun 1998. Terdapat 398 keluarga petani tinggal di sana. Rumah mereka ialah vila, terdapat juga jambatan, anak sungai, pavilion di kampung itu. Kesemuanya ini dikagumi oleh ramai penduduk di bandar. Kampung San Fangxiang sekarang bukan kampung yang berkonsep lama, tetapi seolah-olah bandar moden yang mewujudkan masyarakat kaya.

Wartawan mendapat maklumat bahawa sejak tahun 1980-an, Kampung San Fangxiang menjadi kampung pertama di China yang setiap keluarga petani memiliki TV warna, kemudian menjadi kampung pertama yang setiap keluarga memiliki peralatan penyaman udara, sekarang matlamat mereka adalah membeli kereta persendirian, sehubungan dengan itu, tempat letak kereta telah disediakan di setiap halaman rumah keluarga terlebih dahulu. Kehidupan petani yang begitu kaya sekarang, sukarlah bagi kami membayangkan Kampung San Fangxiang pernah merupakan kampung yang amat miskin sebelum pelaksanaan dasar pembaharuan dan membuka pintu. Pada masa itu, beberapa petani di kampung itu amat miskin sehingga tidak mampu membayar untuk memperbaiki cangkul dan penggaruk, ekonomi yang mundur mengekat perkembangan Kampung San Fangxiang.

Sejak tahun 1980-an, dasar pembaharuan dan membuka pintu diamalkan di Kampung San Fangxiang, pegawai dan petani mulai mencari jalan yang bersusaian dengan kemampuan sendiri untuk menjadi kaya.

Setiausaha Jawatankuasa Kampung San Fangxiang Parti Komunis China, Encik Bian Xingcai merupakan pegawai yang membimbing melaksanakan pembaharuan di Kampung San Fangxiang pada masa itu. Pada mulanya, beliau mengetuai para petani membuka kilang memperbaiki peralatan pertanian dan memproses sekru untuk beberapa kilang milik negara. Setelah masa berlalu, pembukaan kilang itu bukan sahaja menyelesaikan isu memperbaiki peralatan pertanian petani sendiri, tetapi juga menyediakan keuntungan tertentu. Ketika membicarakan tentang membimbing petani berusaha untuk menjadi kaya, Encik Bian Xingcai memberitahu wartawan, "Ekonomi pertanian yang tunggal pada masa dahulu tidak dapat meningkatkan taraf kehidupan kami. Kemudian, kami menarik pelaburan untuk mengembangkan perusahaan sendiri, belajar teknologi orang lain untuk meningkatkan taraf sendiri. Sebagai pegawai, saya harus membantu penduduk Kampung San Fangxiang menjadi kaya."

Dalam tempoh lebih 20 tahun, kilang tekstil, kilang serat, kilang cetak dan celup, loji hidroelektrik berturut-turut dibuka selepas pembukaan kilang sekru dan kumpulan perusahaan yang berskop besar telah dibentuk di Kampung San Fangxiang. Pada tahun 2001, pendapatan tahunan 5 perusahaan yang memiliki 100 juta Yuan RMB ke atas di kampung itu mencatat lebih 2.8 bilion Yuan RMB.

Kumpulan San Fangxiang sekarang mengumpulkan sejumlah besar tenaga profesional dari pelbagai tempat di China, mereka mengemukakan cadangan untuk pembangunan perusahaan dan mereka berasa perusahaan itu mempunyai percayaan terhadap mereka. Encik Zhangjun, jurutera kanan Kumpulan San Fangxiang memberitahu wartawan, "Perusahaan tidak menyimpan rahsia terhadap kami. Kami dibenarkan menyertai ketetapan penting dalam bidang teknologi perdagangan dan pendapat kami juga didengar dan diambilkira."

Para petani di Kampung San Fangxiang menyedari perkara yang paling penting ialah pendidikan. Mereka melaburkan sejumlah beasr modal dalam pendidikan. Pelajar-pelajar di kampung itu belajar di sekolah tanpa membayar yuran sekolah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih 40 pelajar di kampung itu melanjutkan pelajaran ke universiti. Petani Bian Kuncai menghantar anak lelakinya ke Australia untuk melanjutkan pelajaran. Beliau berkata, "Anak Saya bekerja di tempat lain pada masa dahulu, saya berasa dia tidak dapat mencapai kemajuan jika sentiasa bekerja untuk orang lain. Sekarang, syarat kehidupan keluarga kami sudah baik, kami menghantarnya keluar negara untuk melanjutkan pelajaran."

----Ching