Terdapat padang rumput yang luas di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan ia merupakan kawasan yang sesuai bagi industri penternakan di China. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, bandar Huhhot, ibukota Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, berdasarkan keadaan muka buminya, giat mengembangkan industri susu sehingga muncul beberapa kumpulan industri susu yangg besar seperti Kumpulan Yili dan Kumpulan Mengniu. Perusahaan perusahaan tersebut bukan sahaja mendapat keuntungan yang besar, tetapi juga menyediakan peluang kepada petani tempatan menjadi kaya. Pusat Penternakan Lembu Perahan yang terletak di Pekan Casuqi, pinggir bandar Hohhot merupakan satu pangkalan sumber susu Kumpulan Yili. Seorang petani berkata kepada wartawan CRI bahawa pada masa 3 tahun yang lalu, kerajaan tempatan dan Kumpulan Yili bersama-sama melabur modal membina lebih 100 buah bangsal di sana untuk memelihara kerbao. Jika tidak berkemampuan membeli bangsal tersebut, petani boleh memohon pinjaman tanpa bunga selama 3 tahun dari bank. Jika membeli seekor lembu perahan, Kumpulan Yili boleh menyediakan pinjaman sebanyak 4,500 yuan RMB.
Encik Ren Peiping yang berumur 40 tahun ialah seorang penternak kerbao di pusat tersebut. Pada 3 tahun yang lalu, beliau bergantung kepada pinjaman sebanyak 90 ribu yuan RMB dari kerajaan dan perusahaan serta sebahagian wang simpanan sendiri, beliau membeli 2 bangsal lembu dan 28 ekor lembu perahan dan turut memulakan penternakan secara kecil-kecilan. Setelah berusaha selama 3 tahun, Encik Ren Peiping sudah mempunyai lebih 40 ekor lembu perahan. Beliau berkata, "Pada beberapa tahun kebelakangan ini, saya berurus-niaga dengan baik, sekarang saya mempunyai 15 ekor lembu perahan yang menghasilkan susu, setiap hari, mereka boleh menghasilkan susu sebanyak lebih 300 kilogram, dan saya boleh menperoleh pendapatan lebih 10 ribu yuan RMB setiap bulan". Pusat Penternakan Kerbao dengan harga yang sama membeli susu daripada para penternak. Encik Zhan Yongkuan dari Kumpulan Yili berkata kepada wartawan CRI bahawa untuk menjamin kepentingan para penternak kerbao, Kumpulan Yili telah menandatangani perjanjian khas dengan para penternak.
"Kami mempunyai kontrak dengan petani dan membeli semua susu yang dihasilkan oleh kerbao yang dipelihara oleh mereka. Untuk menjamin kaum petani mempunyai pendapatan yang stabil, kami sentiasa mengekalkan harga susu agar stabil. Setiap bulan, kami mengirim wang bayaran susu dalam akaun petani. Selain itu, kami juga membantu mereka dalam beberapa aspek seperti pembiakan dan kurantin."
Kerana mempunyai jaminan kontrak dan perkhidmatan yang baik, para petani semakin giat menternak lembu perahan. Difahamkan bahawa pada tahun 1992, jumlah lembu perahan di kawasan Hohhot tidak sampai 18 ribu ekor, manakala pada masa ini, jumlah tersebut sudah meningkat sebanyak 350 ribu ekor sehingga terdapat hampir 100 ribu petani mengatasi kemiskinan dan menjadi kaya. Menurut statistik pada tahun lalu, setengah pendapatan petani di kawasan Hohhot diperolehi melalui usaha penternakan lembu perahan.
Encik Ren Peiping berkata, penternakan kerbao telah menjadikan kehidupannya mengalami perubahan yang besar. Beliau berkata, "Pada masa dahulu, makanan keluarga saya agak ringkas, sayur agak kurang dan selalu makan kentang sahaja. Sekarang kami boleh menikmati pelbagai jenis makanan seperi sayur, daging dan ikan. Pada masa dahulu, kami tidak mempunyai peralatan elektrik, sekarang kami sudah membeli banyak peralatan elektrik dan motosikal. Tahun ini, saya membeli komputer dan akan mencari maklumat melalui Internet tentang cara penternakan lembu perahan".
----AZMI
|