Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-08 17:20:18    
Pusat Niaga Yiwu Kaunti Pingquan di Provinsi Hebei China

CRI

Kaunti Pingquan Provinsi Hebei China mempunyai keunggulan geografi kerana berdekatan dengan bandar Beijing dan bandar Tianjin serta menghubungi Mongolia Dalam dengan pelbagai provinsi di timur laut China. Kaunti itu sentiasa merupakan tempat niaga yang penting sejak zaman purba. Sehubungan dengan itu, kerajaan Kaunti Pingquan dengan aktif menarik pelaburan asing. Syarikat Pembangunan Hartanah Bandar Lingyuan Provinsi Liaoning memutuskan untuk menubuhkan pusat niaga skop besar di Kaunti Pingquan.

Syarikat itu melaburkan 2.8 juta Yuan RMB untuk menubuhkan Pusat Niaga Yiwu yang dengan luas lantainya mencatat 21.2 ribu meter persegi. Naib pengarah Pusat Niaga Yiwu, Encik Jin Guomin memberitahu wartawan, "Syarikat kami menetapkan, barang dagangan dijual secara borongan di pusat ini, peniaga ditarik dari bahagian selatan China dan kebanyakan barang dagangan yang dijual di pusat ini merupakan barang kegunaan harian. Pusat Niaga Yiwu diuruskan secara tutup dan urus niaga dijalankan secara terbuka."

Untuk menarik pelaburan dan membangunkan bandar dengan melindungi alam sekitar, pemimpin utama Kaunti Pingquan pernah tiga kali mengadakan tinjuan ke bandar Wenzhou, Yiwu dan Shaoxing di Provinsi Zhejiang. Dalam aktiviti promosi, kemesraan dan keikhlasan mereka mengharukan banyak peniaga, lebih 150 peniaga Provinsi Zhejiang pernah mengadakan tinjauan ke Pingquan dalam tempoh beberapa bulan. Pada masa ini, terdapat 73 peniaga sedang berurus niaga di Pusat Niaga Pingquan. Encik Yu Xiangyuan, salah seorang peniaga dari Provinsi Zhejiang memberitahu wartawan, "Keunggulan geografi Pingquan menarik perhatian saya. Kerajaan tempatan menyediakan dasar keutamaan kepada kami supaya kami boleh berurus niaga di sini tanpa kuatiran. Sumber barang dagangan kami diangkut dari bahagian selatan China, kualitinya baik, harganya sederhana, maka kami akan bertugas di sini dalam jangka panjang."

Ada orang berkata, tindakan kerajaan Kaunti Pingquan menarik peniaga dari tempat lain tidak bijak kerana tidak boleh memperoleh keuntungan. Manakala, Pengarah Biro Pembangunan Swasta Kaunti Pingquan Encik Li Chunlin mempunyai pandangan sendiri, beliau berkata, "Pembinaan dan penggunaan Pusat Niaga Yiwu membawa kesan sosioekonomi besar kepada kaunti kami dan bermanfaat bagi pmbangunan Pingquan. Pada masa ini, kadar gerai perniaga yang disediakan di Pusat Niaga Yiwu mencatat 98% ke atas dan lebih seribu orang mendapat peluang kerja akibat pembukaan pusat itu."

Selain itu, konsep urus niaga yang baru, pandangan yang luas pedagang Provinsi Zhejiang bermanfaat bagi meningkatkan taraf urus niaga peniaga tempatan. Peniaga tempatan Puan Li Weina menyatakan, " Jumlah peniaga dari bahagian selatan agak banyak di Pusat Niaga ini. Kami telah belajar banyak pengalaman tentang urus niaga mereka, ini amat berfaedah bagi kami."

Semasa menyebut perkembangan Pusat Niaga pada masa depan, Naib Pengarah pusat itu Encik Jin Guomin menyatakan, "Sejak pasaran tempatan dibentuk, kami juga akan menarik beberapa kilang untuk mengembangkan Pusat Niaga Yiwu menjadi pusat jualan borongan yang lingkungan urus niaganya meliputi Provinsi Hebei, Liaoning dan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam."

----Ching