Provinsi Sichuan terletak di kawasan pedalaman barat daya China, ia dikelilingi oleh gunung-ganang dan banyak sungai yang bersimpang-siur. Dalam jangka panjang, perhubungan lalu lintasnya tidak lancar, ini mempengaruhi pembangunan ekonomi Sichuan. Namun kini, keadaan tersebut telah berubah kerana Provinsi Sichuan mempercepat pembinaan lebuh raya.
Dalam lima tahun yang lalu, Pegawai Syarikat Monsanto Encik Jimmy W.Worley pernah 6 kali berkunjung ke Provinsi Sichuan. Menyentuh perubahan jalan raya itu, beliau berkata kepada wartawan: " Terdapat banyak lebuh raya yang baik di Provinsi Sichuan, seperti lebuh raya ekspres Chengdu ke Mianyang. Dalam tempoh lawatan setiap kali ke Sichuan, saya dapat menyaksikan lebih banyak jalan raya baru, lapangan terbang baru dan bangunan baru, ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepda saya". Menurut statistik Jabatan Komunikasi Provinsi Sichuan, setakat penghujung tahun 2002, jumlah keseluruhan lebuh raya di Sichuan yang bukan untuk kegunaan awam mencatat 112 ribu kilometer, menduduki tempat kedua di China. Jumlah lebuh raya ekspresnya menduduki tempat ke-6 di China.
Pembinaan lebuh raya Sichuan dilaksanakan secara besar-besaran sejak tahun 1988. Kini, terdapat 7 lebuh raya ekspres di Bandar Chengdu yang menghubungkan Bandar Chongqing, Mianyang dan lain-lain.
Ketua Jabatan Komunikasi Provinsi Sichuan Encik Wu Guoxing berkata, beliau pernah menjadi Datuk Bandar Nanchong pada tahun 1998, beliau merasakan, perhubungan lalu lintas yang lancar, bukan sahaja telah meningkatkan kecekapan pekerja, yang lebih penting ia menjana pembangunan ekonomi kawasan tersebut. Encik Wu Guoxing berkata: "Setelah lebuh raya Chengnan dibuka kepada pengguna, nilai hartanah di kawasan Nanchong meningkat dengan cepat. Jumlah pelaburan asing bertambah lebih satu kaliganda berbanding sebelum lebuh raya ekspres itu dibina, dan jumlah pelaburan pada setiap tahun bertambah dengan pesat. Oleh itu, saya berpendapat, untuk memangkin pembangunan ekonomi, perhubungn lalu lintas mesti diperbaiki".
Sejak tahun 1994, Provinsi Sichuan berusaha untuk membina lebuh raya di desa. Naib Timbalan Ketua Jurutera Institut Pengkajian Lebuh Raya Provinsi Sichuan Encik Zheng Bin berkata: " Pada masa lalu, kebanyakan jalan raya di desa adalah jalan tanah, tetapi, kini, jalan tar mencapai 80%". Pembinaan lebuh raya memberi kemudahan kepada petani dan penternak menjual hasil tanaman dan ternakan mereka dari kawasan pergunungan ke tempat yang lain, ini menambah pendapatan penduduk tempatan. Puan Li Mengjun pelayan di sebuah hotel di Yaan. Beliau berkata, pada masa lalu , ada sebatang jalan kecil yang berlumpur di hadapan rumah, orang sangat sukar untuk melalui jalan itu. Pada tahun ini, jalan simen yang lapang telah dibina dengan peruntukan kerajaan kaunti. Puan Li berkata: "Pembinaan lebuh raya telah memangkin perkembangan ekonomi pelbagai tempat. Dahulu, kami menggunakan kayu sebagai bahan bakar, tetapi sekarang, kami boleh membeli arang batu yang diangkut dari tempat yang lain."
Ramai orang Sichuan memuji pembinaan lebuh raya, Ketua Jabatan Komunikasi Provinsi Sichuan Wu Guoxing berkata, Sichuan merupakan sebuah provinsi besar yang kaya dengan sumber pelancongan, pembinaan lebuh raya juga telah memangkin perkembangan destinasi pelancongan.
Beliau berkata: "Destinasi pelancongan utama Sichuan terletak di kawasan pergunungan Pengzhou dan dataran tinggi barat Sichuan, di situ, perhubungan lalu lintasnya tidak lancar, wilayahnya luas dan kebanyakannya di kawasan etnik minoriti. Perkembangan industri pelancongn bergantung kepada perhubungan lalu lintas yang lancar. Sejumlah projek lebuh raya akan dibina pada setiap tahun. Seperti lebuh raya yang melalui Destinasi Pelancongan Jiuzhaigou, dahulunya, jalan itu merupakan jalan tanah, kereta yang melalui tempat itu sangat sukar, tetapi sekarang, setelah lebuh raya menuju ke Jiuzhaigou dibina, masa perjalanan dari Chengdu ke Jiuzhaigou diperpendik, hanya memerlukan 8 jam sahaja dan penerbangan dari Chengdu ke Jiuzhaigou juga dibuka pada Oktober tahun yang lalu.
Pembinaan lebuh raya ekspres, jalan raya di desa dan lebuh raya telah memperbaiki keadaan pengangkutan di Provinsi Sechuan.
|