Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-08 14:48:10    
Tanggapan "RMB Diberi Nilai Rendah Menjejaskan Pekerjaan di A.S." Tidak Betul

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Gabenor Bank Rakyat China iaitu Bank Negara China encik Guo Shuqing semasa menyertai sidang tahunan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang diadakan di Beijing menyatakan bahawa tanggapan tentang "RMB diberi nilai rendah menjejaskan pekerjaan di A.S." tidak betul.

Guo Shuqing berkata, pendapatan purata pekerja industri pembuatan di China hanya merupakan 3% pendapatan rakan sejawat mereka di A.S., sekalipun nilai RMB ditingkatkan sekali, juga tidak dapat mengubah keadaan kos pemburuhan di China yang jauh lebih rendah daripada di A.S.

Beliau berkata, kritikan terhadap kadar pertukaran RMB semakin kurang, sebab negara-negara yang berkaitan menyedari bahawa kadar pertukaran RMB tidak menjejaskan ekonomi negara mereka. Banyak negara termasuk A.S., Jepun, Kesatuan Eropah juga mendapat faedah daripada berdasarkan keadaan sekerang.