Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-08 18:27:08    
Ma Kai: China Berusaha Untuk Mencegah Kemerosotan Ekonomi

CRI
Menurut berita CRI, Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China encik Ma Kai hari ini berkata bahawa kerajaan China akan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam proses pelaksanaan pertumbuhan ekonomi untuk mencegah kemerosotan ekonomi.

Dalam sidang akhbar Kongres Rakyat Kebangsaan China yang diadakan di Beijing, beliau menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China pada tahun lalu telah dilaksanakan dengan berjaya, akan tetapi, masih terdapat banyak kekurangan. Oleh itu , kerajaan China akan mengintensifkan kawalan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh dan mengubal undang-undang untuk menyekat pelaburan tanpa perancangan sebahagian perusahaan yang bertaraf rendah agar mengatasi sebahagian aspek kelemahan ekonomi dan mengekalkan kestabilan ekonomi.

Ma Kai berkata bahawa kerajaan China tidakhanya menumpukan perhatian terhadap pertumbuhan ekonomi sahaja, tetapi juga meningkatkan faedah ekonomi dalam pelbagai bidang.