Menurut berita CRI, Ketua Jabatan Penerangan Kementerian Luar Thailand Seehasak Puangkaedkeal semalam menyatakan bahawa dalam Sidang Menteri Luar ASEAN yang diadakan di Vietnam pada minggu lalu, anggota negara ASEAN berpendapat calon setiausaha agung PBB akan datang harus dipilih dari Asia dan calon yang dipilih oleh ASEAN harus dipertimbangkan terlebih dahulu.
Seehasak juga berkata, Sidang Menteri Luar ASEAN kali ini memilih Menteri Luar Thailand Surakiart Sathirathai sebagai calon Setiausaha Agung PBB akan datang. Menteri Luar ASEAN akan membincangkan hal itu pada Jun ini.
|