Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Bai Rongchun di Shanghai semalam menyatakan bahawa jumlah pelaburan pembangunan infrastruktur gas asli China pada tahun 2020 mencatat lebih 220 bilion yuan Renminbi. China menggalakkan para pelabur asing ikut serta dalam pembangunan dan pengelolaan projek gas asli China.
Dalam Sidang Antarabangsa Gas Asli dan Paip Asia Timur ke-8 yang dirasmikan hari itu, Bai Rongchun menyatakan bahawa kerajaan China menggalakkan pelabur asing ikut serta dalam pembangunan dan pengelolaan untuk mencarigali gas asli China, depot simpanan gas asli, logi janakuasa elektrik gas asli dan lain-lain.
|