Menurut Akhbar Nanaguo Zaobao hari ini, Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Ekspo China-ASEAN baru baru ini memaklumkan bahawa untuk mengintensifkan persefahaman pelbagai negara terhadap Ekspo China-ASEAN, delegasi Ekspo China-ASEAN dari Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China semalam secara berasingan menuju ke 10 negara ASEAN, Jepun dan Korea Selatan mempelawa pelabura menyertai ekspo tersebut.
Pada awal Februari tahun ini, Sekretariat Ekspo China-ASEAN telah mengirim surat undangan kepada perusahaan yang terkenal pelbagai negara menerusi Kedutaan Besar China di negara-negara ASEAN, bahagian ekonomi dan perdagangan pelbagai negara. Matlamat utama lawatan kumpulan itu ialah memperkenalkan tujuan dan acarfa Ekspor China-ASEAN, keadaan persiapan ekspo, cadangan menarik pelaburan dari 10 negara ASEAN, Jepun dan Korea Selatan.
|