|
Menurut berita CRI, Sidang pertama Jawatankuasa Bersama Perdagangan Thailand-Kemboja telah diadakan semalam di Bangkok. Thailand dan Kemboja menyatakan bahawa kedua-dua negara akan mengintensifkan secara berterusan kerjasama ekonomi dan perdagangan.
Dimaklumkan bahawa agenda utama dalam sidang ini adalah seperti berikut: Menyediakan kemudahan pelaburan perdagangan antara satu dengan lain, mengintensifkan secara berterusan kerjasama perdagangan di kawasan sempadan, meningkatkan usaha pengangkutan keluar-masuk di kawasan sempadan, menubuhkan Jawatankuasa Bersama Perancangan Kerjasama Ekonomi Thailand dan Kemboja, membincangkan penubuhan pasaran pusat eksport dan zon perdagangan ekonomi di Kemboja.
|