Menurut berita CRI, selepas dipekenan oleh raja Thailand, Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra mengumumkan senarai anggota Kabinet baru kerajaan Thailand hari ini di Bangkok.
Seramai 10 orang calon anggota Kabinet termasuk menteri pertahanan, menteri hal-ehwal dalam negara dan menteri kewangan telah dilantik. Difahamkan bahawa, anggota Kabinet baru akan mengangkat sumpah dihadapan raja Thailand hari ini.
Jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand hari ini menyatakan bahawa rombakan Kabinet kali ini bertujuan untuk meningkatkan keefisienan kerajaan dan mempercepat usaha menyelesaikan masalah negara tersebut.
|