Menurut berita CRI, Jawatankuasa Pengawalan dan Penyeliaan Industeri Bank China semalam mengumumkan statistik bahawa modal industri bank China bertambah dengan cepat pada tahun 2003. Pada penghujung tahun lalu, jumlah wang RMB dan wang asing milik badan tersebut mencapai 27640 bilion Yuan RMB, bertambah 16% berbanding pada masa yang sama tahun 2002.
Statistik tersebut juga menunjukkan bahawa pada tahun 2003, jumlah hutang badan kewangan tersebut juga bertambah dengan cepat. Pada penghujung tahun lalu, hutang badan kewangan tersebut sebanyak 26570 bilion Yuan RMB.
|