
Menurut berita CRI, Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan dan Penyeliaan Industri Bank China encik Liu Mingkang hari ini di Beijing menyatakan bahawa China tidak akan terus tingkatkan modal dua bank milik negara menggunakan simpanan wang asing supaya membantu bank tersebut mengatasi kekurangan modal dan melayakan dua bank tersebut memasuki pasaran asing.

Dalam sidang akhbar Sidang Kongres Rakyat Kebangsaan China encik Liu Mingkang berkata, pada tahun lalu, China telah menggunakan simpanan wang asing sebanyak 45 bilion dollar Amerika untuk meningkatkan modal Bank Negara China dan Bank Pembangunan China. Tindakan ini sebenarnya merupakan tindakan pelaburan.
|