Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-11 17:59:45    
Bo Xilai: China Intensifkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Dengan Negara Jiran

CRI
Menurut berita CRI, Menteri Perdagangan China Bo Xilai yang baru dilantik semalam menyatakan bahawa China mengintensifkan secara berterusan pertukaran ekonomi dan perdagangan dengan negara di sekitarnya. Demikian dinyatakan oleh beliau ketika menemui Duta Besar Pakistan, India dan tetamu Jepun di Beijing semalam.

Bo Xilai semasa menemui Duta Besar Pakistan di China berkata bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Pakistan telah meningkat dengan cepat. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada tahun lalu meningkat 35% daripada tahun 2002.

Bo Xilai semasa menemui Duta Besar India di China berkata bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan India meningkat dengan cepat dan jumlah perdagangan dijangka melebihi 10 bilion dolar Amerika tahun ini.

Bo Xilai ketika menemui tetamu Jepun menyatakan bahawa China berharap agar pelbagai pihak mempertahankan secara berterusan kerjasama yang baik supaya memberi sumbangan yang lebih besar bagi meningkatkan secara berterusan hubungan ekonomi dan perdagangan antara satu dengan lain.