Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-12 16:23:21    
Pasukan Hoki Wanita China Berusaha Mencapai Kejayaan dalam Sukan Olimpik Athens

CRI
Sukan hoki sudah bersejarah lebih 100 tahun dan pernah menjadi sukan yang sangat popular di Eropah. Tetapi di China, sukan hoki baru diperkenalkan pada penghujung tahun 1970-an. Tuntutan mendapat kemudahan sukan hoki amat tinggi, sehingga tahun 1990-an China baru mempunyai padang rumput hoki pertama yang tinggi standardnya. Oleh sebab masih baru dalam bidang sukan itu, pasukan hoki wanita China pada tahun 1992 dan tahun 1996 dua kali menyertai sukan Olimpik, tetapi tidak mencapai kejayaan. Pada penghujung tahun 1999, Persatuan Hoki China mengundang bekas ketua jurulatih pasukan Hoki Republik Korea Kim Chang Back menyandang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan hoki wanita China. Dengan pimpinan beliau, pasukan hoki wanita China dalam sukan Olimpik Sydney tahun 2000 telah mengalahkan pasukan Belanda dan Jerman yang pernah menjadi johan dan naib johan dan mendapat tempat ke-5. Pada tahun 2002, pasukan hoki wanita China menjadi johan dalam Kejohanan Hoki Dunia.

Dalam sukan Asia tahun 2002, pasukan hoki wanita China telah mengalahkan pasukan Republik Korea, dan layak menyertai sukan Olimpik Athens. Dalam masa lebih setahun ini, pasukan wanita China sentiasa aktif mengadakan persiapan untuk mencapai kejayaan dalam sukan Olimpik Athens. Mereka telah menetapkan sasaran iaitu mencapai kejayaan dalam sukan Olimpik Athens dan menjadi johan dalam sukan Olimpik Beijing. Ketua jurulatih Kim Chang Back berkata: "Sasaran kami dalam Sukan Olimpik Athens ialah menduduki tiga tempat teratas. Selain itu, sukan Olimpik 2008 akan diadakan di Beijing, kami telah menetapkan rancangan latihan terperinci. Sekarang, pasukan kami mempunyai 27 pemain termasuk pemain veteran dan pemain muda. Selain itu, pasukan kebangsaan B sedang mengadakan latihan untuk menyediakan pemain menyertai Sukan Olimpik 2008 Beijing."

Dimaklumkan, pasukan hoki wanita China sedang mengadakan latihan musim sejuk di Guangzhou untuk menyertai sukan Olimpik Athens. Kim Chang Back berpendapat, matlamat latihan musim sejuk ini adalah untuk meningkatkan stamina dan taraf kemahiran pemain pasukan kami. Beliau menyatakan, asalkan bersungguh-sungguh mengadakan persiapan dan sedaya upaya bermain dalam pertandingan, sasaran untuk menduduki 3 tempat teratas dalam sukan Olimpik Athens boleh dicapai.

Sokongan Persatuan Sukan Hoki China sangat penting terhadap sukan hoki wanita China, persatuan tersebut yang memutuskan mengundang Kim Chang Back untuk menyandang jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita dianggap sangat berfaedah bagi sukan hoki wanita China. Dengan pimpinan beliau, sukan hoki wanita China telah mencapai kemajuan yang besar, pasukan hoki wanita China dianugerahkan sebagai pasukan terbaik sukan China tahun 2002. Persatuan Sukan Hoki China berharap pasukan wanita China boleh mencapai kejayaan yang baru dalam Sukan Olimpik Athens. Tetapi Pengerusi Persatuan Sukan Hoki China Hu Jianguo juga menegaskan, pasukan wanita China juga menghadapi cabaran disebabkan terdapat banyak pasukan yang hebat berbanding dalam sukan Olimpik.

"Kebanyakan pasukan yang hebat adalah di Eropah dan Amerika, disebabkan pelbagai faktor, pasukan China mesti mempunyai keupayaan yang tinggi baru boleh mencapai kejayaan."

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, tetapi pemain hoki wanita China berazam untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Athens. Penjaga gol Nie Yali ialah pemain yang berpengalaman, beliau pernah dipilih sebagai salah seorang dalam 10 atlet yang terbaik di China. Dalam pukulan sudut penalti, Nie Yali telah menampan 3 pukulan sudut penalti. Beliau merupakan pemain yang paling banyak berjasa untuk pasukan China menjadi johan dunia. Nie Yali berkata, "Walaupun kami sering menentang pasukan bertaraf tinggi di dunia dalam tahun-tahun kebelakangan ini, namun saya tidak pasti kami boleh menjadi johan atau tidak, tetapi asalkan kami aktif, bersungguh-sungguh dan berusaha, saya percaya kami boleh mencapai kejayaan."

Nie Yali berpendapat, yang penting sekarang ialah menjayakan latihan musim sejuk, meningkatkan tenaga dan fizikal serta kemahiran pemain. Meletakkan asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Athens.

----Andika