Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-13 16:26:25    
11 Juta Rakyat Sepanyol Lakukan Perarakan Anti Keganasan

CRI

 

Menurut berita CRI, kira kira 11 juta rakyat Sepanyol semalam telah mengadakan perarakan anti kegagnasan secara besar-besaran di pelbagai tempat seluruh negara untuk memperingati mangsa yang terbunuh dalam kes letupan bom yang berlaku di Madrid dan mendakwa kezaliman pengganas. Serentak itu, sesetengah negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun telah meningkatkan kewaspadaan terhadap keganasan.

Menurut TV Sepanyol, Perdana Menteri Sepanyol Jose Maria Aznar, Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin, Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi, Pengerusi Jawatankuasa Kesatuan Eropah Romano Prodi, wakil kanan Kesatuan Eropah yang Bertanggungjawab atas Dasar luar dan Keselamatan Javier Solana juga ikut serta dalam perarakan hari itu.

Menurut Agensi Berita Xinhua China, jurucakap Kementerian Luar Chian Liu Jianchao semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh pemberita di Beijing semalam berkata bahawa China mengutuk dengan keras perancang peristiwa letupan bom keganasan yang berlaku di Madrid Sepanyol.