Menteri Pendidikan China Encik Zhou Ji dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing baru-baru ini menyatakan, China sedang meningkatkan peruntukan dan pengurusan serta mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam proses perkembangan pendidikan pada masa ini.
Penduduk China berjumlah 1.3 bilion, kerajaan China mengambil perhatian terhadap tugas pendidikan. Dalam tempoh lebih 20 tahun kebelakangan ini, pendidikan China berkembang dengan pesat dan sihat. China berjaya menjalankan sistem pendidikan wajib sembilan tahun dari sekolah rendah ke sekolah menengah rendah, sehingga jumlah pelajar yang mendapat pendidikan wajib mencatat lebih 190 juta orang di seluruh negara, kadar pelaksanaan pendidikan wajib menduduki tempat terdepan antara negara yang jumlah penduduknya ramai. Serentak itu, pendidikan di pusat pengajian tinggi China juga berkembang pesat. Pada tahun 2003, jumlah pelajar yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi China mencatat 3.82 juta orang, angka itu merupakan tiga kali ganda setengah daripada tahun 1998, kadar kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi di China mencatat 17%.
Menteri Pendidikan China Encik Zhou Ji menyatakan, China mencapai kejayaan dalam sektor pendidikan kerana peruntukan dana pendidikan terus ditingkatkan. Beliau berkata, "Peruntukan China dalam sektor pendidikan meningkat dengan pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Nisbah peruntukan pendidikan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat daripada 2.5% kepada 3.41%."
Beberapa masalah tetap wujud dalam perkembangan pendidikan China, misalnya perkembangan pendidikan di desa masih mundur, sistem pendidikan wajib sembilan tahun belum dilaksanakan di beberapa kawasan, mahasiswa menghadapi kesukaran untuk mendapat kerja. Encik Zhou Ji menyatakan, China sedang mengambil pelbagai tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut beliau, sejak tahun 2004, China akan memperuntukkan dana khas sebanyak beberapa puluh bilion Yuan RMB untuk memperbaiki syarat pengajaran di kawasan bahagian barat yang ekonominya mundur, membolehkan kanak-kanak di sana mendapat pendidikan wajib dengan lebih baik. China akan berusaha supaya 85% ke atas pelajar mendapat pendidikan wajib sembilan tahun di kawasan bahagian barat pada penghujung tahun 2007.
Sejak institusi pengajian tinggi China meningkatkan penerimaan pelajar pada tahun-tahun kebelakangan ini, mahasiswa menghadapi kesukaran mendapat kerja setelah tamat dari universiti. Menurut Encik Zhou Ji, kesukaran ini bukan kerana jumlah mahasiswa bertambah banyak, tetapi kerana wujud masalah dalam sistem menyediakan peluang kerja dan konsep memilih kerja. Misalnya kebanyakan mahasiswa yang tamat dari universiti ingin bekerja di bandar besar dan tidak berminat bertugas di kawasan bahagian barat dan bandar kecil dan sederhana.
Beliau berkata, "Kami telah berusaha untuk membentuk sistem perkhidmatan menyediakan peluang kerja yang baik dan memberi pendidikan kepada pelajar supaya mereka berkesedaran harus bekerja di tempat yang memerlukan tenaga profesional. Selain itu, kami juga melaksanakan pembaharuan pendidikan. "
----Ching
|