Penerbitan dan pengedaran buku di China sentiasa dimonopoli oleh kedai buku dan syarikat penerbitan milik negara. Akan tetapi, semakin banyak syarikat penerbitan swasta muncul di pasaran pada masa ini. Pihak penerangan dan penerbitan China juga membenarkan syarikat penerbitan dan pengedaran buku swasta diselenggarakan.
Menteri Jabatan Pentadbiran Am Penerangan dan Penerbitan China Encik Shi Zongyuan menyatakan, pada tahun 2004, salah satu tugas utama badan tersebut adalah menyediakan suasana persaingan yang sama rata kepada syarikat penerbitan dan pengedaran buku swasta, membantu mereka mengembangkan perniagaan tersebut.
Menurut Encik Shi Zongyuan, syarikat penerbitan dan pengedaran buku swasta telah menjadi komponen penting dalam sektor penerbitan dan pengedaran buku China. Kerajaa China akan menyediakan suasana persaingan yang sama rata kepada syarikat yang menjalankan perniagaan dengan sistem yang berlainan dalam lingkungan urus niaga berdasarkan prinsip membantu, memandu dan menstandardkan.
China mengeluarkan "Peraturan Pengurusan Pasaran Bahan Penerbitan" pada 1 September 2003, mengizinkan pihak swasta menyertai pengedaran secara borong bahan penerbitan, akan tetapi melarang mereka menerbitkan bahan bacaan.
Kumpulan Pengedaran Wende Guangyu yang ditubuhkan di Beijing pada 19 September tahun 2003 merupakan syarikat swasta pertama yang mendapat hak mengedarkan majalah dan surat khabar di China. Sebelum itu, hanya badan pengedaran milik negara sahaja seperti Kedai Buku Xinhua dan pejabat pos berhak menjalankan urusan pengedaran itu.
Pada masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 20 hingga 30 buah syarikat buku swasta yang jumlah jualan bukunya mencatat 100 juta Yuan RMB ke atas di China, antaranya termasuk banyak syarikat swasta yang mampu menjalankan penerbitan dan mengedarkan buku.
Pada tahun 2002, sebanyak 16.06 bilion buku dijual di China, nilai jualan tersebut mencatat 99.393 bilion Yuan RMB, 50.13% antaranya dijual oleh kedai buku bukan milik negara, jumlah jualannya menempati 56.94% dalam jumlah jualan seluruh syarikat buku di China.
Walaupun tidak boleh menyertai urusan penerbitan buku, akan tetapi banyak syarikat swasta mulai bekerjasama dengan badan penerbitan milik negara untuk memberi cadangan memilih tajuk buku dan ilustrasi buku kerana syarikat swasta lebih mengetahui permintaan pasaran dan sensitif terhadap tajuk buku yang diperlukan.
Pada bulan Julai tahun 2003, syarikat buku swasta di bandar Nanjing menubuhkan Kumpulan Kedai Buku Swasta Nanjing untuk mengabungkan syarikat penerbitan dan pengedaran buku swasta yang kecil untuk berkembang maju bersama-sama.
Menurut Naib Ketua Kumpulan Kedai Buku itu Encik Wang Yiming, syarikat penerbitan dan pengedaran buku swasta tidak akan menjadikan kedai buku milik negara sebagai pesaing, malah akan bersama-sama dengan kedai buku milik negara untuk memakmurkan perusahaan buku China.
----Ching
|