Syarikat Kumpulan Greatwall Harbin Berhad ditubuhkan di Provinsi Heilongjiang timur laut China pada tahun 1979. Syarikat itu menjalankan urus niaga saham pada peringkat awal penubuhannya untuk syarikat pembinaan di seluruh provinsi pada tahun 1984. Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, matlamat Kumpulan Greatwall ialah membina bangunan yang berkualiti tinggi. Syarikat itu pernah melaksanakan lebih 200 projek termasuk membina bangunan Mahkamah Rakyat Tertinggi Provinsi Heilongjiang, Pusat Stesen Satelit Bumi TV Provinsi Heilongjiang. Syarikat itu berkeupayaan melaksanakan pembinaan seluas lebih 700 ribu meter persegi setiap tahun, keupayaan menyelesaikan pembinaan tahunan mereka mencatat 400 ribu meter persegi, kadar projek yang berkualiti tinggi mencatat 100% dalam 3 tahun berturut-turut dan mendapat banyak hadiah dalam bidang pembinaan. Hanya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini sahaja, syarikat itu telah mendapat dua kali "Piala Longjiang" peringkat provinsi, 50 buah pingat emas dan perak peringkat provinsi, 27 projek pembinaan dipilih sebagai projek yang berkualiti tinggi 3 bandar termasuk Shenyang, Changchun dan Harbin, 99 projek dipilih sebagai projek yang berkualiti tinggi peringkat bandar. Pada tahun 2002 pula, sebuah projek yang dilaksanakan oleh Kumpulan Greatwall mendapat Hadiah Luban--hadiah peringkat tertinggi projek pembinaan kebangsaan. Kumpulan Greatwall juga mendapat banyak gelaran pujian seperti perusahaan pembinaan yang baik di China, peruahaan pembinaan maju dalam bidang kualiti dan efisiensi China dan lain-lain sebagainya.
Presiden Syarikat Kumpulan Greatwall Encik Changzhen memberitahu wartawan, seiring dengan pasaran pembinaan China distandardkan, persaingan dalam bidang itu lebih sengit. Punca Kumpulan Greatwall dapat mencapai kejayaan dalam persaingan itu adalah kerana syarikat itu menumpukan perhatian terhadap kualiti, reputasi dan kepercayaan. Untuk meningkatkan kualiti, perusahaan itu mengambil banyak tindakan seperti mengadakan kursus latihan atau mengadakan mesyuarat tentang kualiti projek untuk pekerjanya belajar "Undang-undang Pembangunan", "Peraturan Pengurusan Kualiti Projek Pembangunan" dan peraturan berkaitan yang lain agar mereka membentuk konsep "mengutamakan permintaan pelanggan, menunaikan janji dalam kontrak". Syarikat itu juga berhubung dengan syarikat pembinaan di peringkat antarabangsa untuk membentuk sistem pengurusan kualiti yang saintifik. Syarikat itu menetapkan standard kualiti yang terperinci dalam bidang pengeluaran, pemasangan dan perkhidmatan berdasarkan ciri-ciri perusahaan sendiri; mengamalkan sistem pengurusan yang bertanggungjawab terhadap projek, menetapkan sistem untuk menggalakkan pekerjaan yang baik, mengenakan tindakan disiplin terhadap pekerja yang menjalankan tugas tidak sempurna; meningkatkan kawalan dalam proses pembinaan untuk menjamin bangunan yang berkuatiti tinggi dibina dengan lancar. Selain itu, Syarikat Kumpulan Greatwall juga menumpukan perhatian terhadap inovasi sains dan teknologi untuk memangkin peningkatan kualiti pekerjaan. Bagi bahagian pembinaan yang penting, pekerja berkaitan akan mengadakan kajian berulang kali supaya pembinaan lebih efisiensi dan lebih sempurna. Dalam beberapa tahun yang lalu, syarikat itu juga menyempurnakan sistem perkhidmatan, mengambil banyak cara seperti kembali ke tempat projek yang selesai dibina untuk mendapat maklumat, mengeluarkan kertas kajian dan lain-lain sebagainya supaya perkhidmatan mereka lebih baik selepas projek selesai dibina dan dijual.
Changzhen juga memberitahu wartawan, pemimpin syarikat itu sentiasa menumpukan perhatian terhadap kemajuan etikal dan kebudayaan untuk meningkatkan taraf pemikiran para pekerja mereka agar bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membalas jasa baik kepada Parti dan rakyat dan memberi sumbangan kepada pembangunan kampung halaman.
----Ching
|