Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-15 14:34:59    
Berita Terkini Tentang Negara Anggota ASEAN dan Hubungan Antara China-ASEAN

CRI
Menurut statistik kastam China, sejak Januari hingga November tahun 2003, jumlah perdagangan antara China dan Laos mencapai 101.34 juta Dolar Amerika, meningkat 84.2% daripada tempoh yang sama tahun sebelum itu, menduduki tempat teratas antara negara anggota ASEAN yang lain. Ini merupakan tahun ke-3 secara berterusan memecahkan rekod sejarah jumlah perdagangan antara kedua-dua negara tersebut sejak masuk alaf baru.

Menurut laman web harian "Yunnan" China, atas undangan pihak Thailand, sejak 27 Febuari hingga 3 Mac lepas, Jabatan Ekonomi dan Perdagangan Luar, Jabatan Penyeliaan dan Pentadbiran Ubat Provinsi Yunnan China telah menyelenggarakan doktor dan pegawai hostipal, institut, persatuan dan perusahaan dalam bidang perubatan tradisional China dari Provinsi Yunnan pergi ke Bangkok untuk menyertai "Ekspo Ubat Tradisional China dan Ubat-ubatan Yunnan China". Ini merupakan kali pertama Provinsi Yunnan mengadakan ekspo perubatan tradisional China di luar negara.

Dimaklumkan, terdapat lebih 6 ribu kedai ubat tradisional China di Thailand, lebih 90% ubat yang dijual di kedai-kedai tersebut diimport dari China. Sejak tahun 2000 kerajaan Thailand mengesahkan perubatan tradisional China, ubat tradisional China semakin hari semakin popular di Thailand. Oleh sebab Provinsi Yunnan dekat dengan Thailand, ubat tradisional China dari Yunnan sangat terkenal di Thailand.

Menurut Agensi Berita Xinhua China, seorang pegawai antidadah PBB di Myanmar pada 3 Mac telah mengesahkan dalam laporan sidang akhbar bahawa keluasan penanaman popi di Myanmar pada tahun 2003 sudah berkurang 24% daripada tahun 2002.

Menurut statistik terbaru daripada pihak rasmi Myanmar, anggota antidadah pada tahun 2003 telah membongkar 2763 kes dadah, merampas 1481 kilo candu, 568 kilo heroin. Kerajaan Myanmar juga memusnahkan 2255 hektar kawasan penanaman popi dan 7 kilang pemprosesan heroin.

Kerajaan Myanmar juga meningkatkan kerjasama dengan PBB dan negara jiran, melaksanakan rancangan penanaman padi gandum atau jagung menggantikan penanaman popi di kawasan penanaman popi di negara itu.

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kemboja baru-baru ini telah menubuhkan pejabat konsul di Kunming, wilayah pentadbirannya termasuk Provinsi Yunnan, Guizhou dan Sichuan.

Konsul Jeneral Kemboja di Kunming menyatakan, tujuan menubuhkan pejabat konsul Kemboja di Kunming adalah disebabkan kedudukan Kunming yang penting dalam Zon Dagangan Bebas China-ASEAN dan zon kerjasama subkawasan Sungai Mekong. Di samping itu, Provinsi Yunnan dan Kemboja dekat dan mempunyai persahabatan yang sudah lama. Penubuhan konsulat di Kunming berfaedah bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Kemboja dan Provinsi Yunnan serta beberapa provinsi di bahagian barat daya China. Konsulat tersebut dirasmikan pada 23 Februari lalu. Sekarang, warga China boleh memohon visa di konsulat tersebut untuk pergi ke Kemboja, visa boleh disiapkan dalam tempoh 3 hingga 4 hari.

Menurut Agensi Berita China, Gabenor Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China Lu Bing pada 1 Mac lalu menyatakan, Guangxi pada tahun ini akan berusaha untuk melaksanakan 239 projek penting, jumlah pelaburannya mencapai 115.9 bilion Yuan RMB untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Guangxi.

Sebagai tuan rumah Ekspo China-ASEAN, Guangxi pada tahun ini akan lebih mementingkan ekspo tersebut. Kerajaan Bandar Nanning, ibu kota Guangxi akan memperuntukkan 12 bilion Yuan RMB untuk menganjurkan Ekspo China-ASEAN pertama yang akan diadakan pada November akan datang.

Menurut akhbar "Belia Beijing", pemimpin Persatuan Projek Kenderaan China baru-baru ini menyatakan, industri pembuatan kenderaan China sedang berkembang pesat, sudah tiba masanya kenderaan buatan China memasuki pasaran ASEAN, industri pembuatan kenderaan China yang sedang berkembang pesat juga memerhatikan pasaran ASEAN yang sangat besar.

Beliau berkata, menurut ketetapan "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN", jumlah perdagangan antara China dan ASEAN boleh mencapai 100 bilion Dolar Amerika pada tahun 2005, permintaan terhadap kenderaan dan komoditi semakin meningkat. Selain Vietnam dan Thailand yang ekonominya berkembang pesat, permintaan Laos dan Myanmar terhadap kenderaan juga meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASEAN mempunyai pasaran penggunaan kenderaan yang sangat besar.

Menurut Kementerian Perdagangan China, China dan Filipina telah menandatangani perjanjian pinjaman projek landasan kereta api berjumlah 400 juta Dolar Amerika di Manila baru-baru ini, ini merupakan projek pinjaman yang terbesar antara China dan Filipina.

Duta besar China di Filipina Wang Chungui mengucapkan tahniah atas perjanjian tersebut dan mempunyai keyakinan bahawa Syarikat Import-eksport Kelengkapan Mesin China boleh menjayakan projek tersebut.