Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-15 18:46:46    
China dan Kesatuan Eropah akan Bersama-sama Mendorong Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan

CRI
Wartawan CRI melaporkan, Naib Perdana Menteri China, Wu Yi semasa menemui pegawai perdagangan Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Pascal Lamy di Beijing hari ini berkata, beliau berharap agar China dan Kesatuan Eropah menyelesaikan masalah ekonomi dan perdagangan kini dan bersama-sama memangkin kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak mencapai kemajuan.

Wu Yi berpuas hati dengan perkembangan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Kesatuan Eropah yang pesat, dan beliau berharap untuk meningkatkan dialog dan kerjasama dua hala dan pelbagai hala.

Wu Yi menyatakan bahawa China bersedia untuk meningkatkan dialog dan hubungan, memberikan sumbangan demi kemajuan agenda pembangunan Doha.

Lamy berkata, Kesatuan Eropah bersedia menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala dan meningkatkan kerjasama dengan China dalam rangka WTO.