Xining sebuah bandar yang berpenduduk kurang 3 juta orang, terletak di timur Provinsi Qinghai. Dalam jangka panjang, pembangunan di kawasan bahagian barat mundur berbanding kawasan yang lain di China. Pada tiga tahun yang lalu, kerajaan China mulai melaksanakan strategi pembangunan kawasan bahagian barat, sehingga 12 buah provinsi dan bandar termasuk Provinsi Qinghai berpeluang menikmati pembangunan yang baru. Xining ibu kota Provinsi Qinghai, ekonominya berkembang pesat di seluruh provinsi itu. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Bandar Xining melaksanakan beberapa tindakan penting, termasuk menubuhkan beberapa zon pembangunan ekonomi antaranya Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Xining, Zon Industri Ganhe dan Zon Baru di selatan bandar tersebut.
Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Xining ditubuhkan selama 2 tahun, tetapi mempunyai skop keluasan yang tertentu, keluasan pembangunan dalam fasa pertamanya melebihi 4 kilometer persegi. Terdapat 17 buah perusahaan telah ditubuhkan di sana.
Syarikat Alat Penyukat Qinghai Berhad merupakan perusahaan yang sudah lama ditubuhkan di tempat itu. Hampir separuh alat penyukat di dalam negara dihasilkan oleh perusahaan itu, dan alat penyukat syarikat itu juga dieksport ke lebih 30 buah negara dan kawasan di dunia. Semasa perusahaan itu baru ditubuhkan di zon pembangunan ekonomi pada 2 tahun yang lalu, kemudahannya tidak lengkap. Menceritakan hal itu, pengurus perusahan itu Qie Liwei menjelaskan: " Ini disebabkan kilang kami mesti dikembangkan di suatu tempat yang luas di kawasan bandar, selain itu, kerajaan tempatan telah memberi dasar keutamaan kepada kilang kami".
Setelah zon pembangunan ekonomi ditubuhkan, dasar keutamaan kerajaan mulai dilaksanakan, umpamanya perusahaan itu telah dipindahkan ke zon pembangunan, harga tanah yang ditawarkan amat berpatutan, dan kutipan cukai dikurangkan untuk membantu syarikat kami mengurangkan kos operasi disebabkan pengeluaran barangan kami menggunakan teknologi tinggi. Selepas perusahan itu ditubuhkan di zon pembangunan, ia berkembang pesat dan telah mengadakan kerjsama dengan sebuah syarikat Jerman.
Difahamkan, jumlah pengeluaran di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Xining hanya menempati 5% daripada seluruh bandar, tetapi masa depan pembangunannya adalah cerah. Ketua Pengarah Biro Perdagangan Zon Pembangunan Ekonomi Xining Encik Li Mingyu menyatakan: "Ekonomi Provinsi Qinghai agak mundur. Untuk pembangunan, tindakan baru akan dilaksanakan dalam sektor industri. Bagi perusahaan yang ditubuhkan di zon pembangunan, kerajaan mesti mementingkan masalah perlindungan alam sekitar iaitu perusahaan yang menghasilkan pencemaran dan perusahaan teknologi bertaraf rendah tidak boleh ditubuhkan di zon pembangunan".
Bagi pembangunan ekonomi Xining, matlamat zon pembangunan ekonomi adalah menggunakan pelaburan asing untuk mengembangkan perusahaan teknologi tinggi.
Zon Industri Ganhe di barat daya Xining merupakan salah satu zon industri dalam kawasan pembangunan utama Provinsi Qinghai. Terdapat 17 buah perusahaan yang ditubuhkan merupakan industri metalogi, industri kimia dan bahan binaan. Pegawai zon industri itu Encik Ren Qing berkata: " Kerajaan provinsi menuntut kami menawarkan perkhidmatan yang baik, kerana kerajaan sudah menyediakan tarif tenaga elektrik dan kutipan cukai yang rendah. Perusahaan di zon itu berpuas hati terhadap polisi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur yang baik".
Di zon industri itu, Syarikat Pengeluaran Seng Bahagian Barat telah beroperasi secara rasmi. Naib Pengurus Besarnya Encik Zeng Yucai berkata kepada wartawan, beliau optimis terhadap masa depan syarikat itu amat cerah.
Beliau berkata: " Teknologi pengeluaran syarikat kami sudah mencapai taraf yang maju, dan kebanyakan barangan pengeluaran kami dieksport ke luar negara, terutamanya ke pasaran Eropah, Amerika dan Jepun. Pelanggan berpuas hati terhadap barang keluaran kami".
Perusahaan telah berkembang, dan gaji pekerja meningkat. Ramai pekerja Syrikat Pengeluaran Seng Bahagian Barat telah membeli rumah baru di kawasan selatan bandar Xining. Naib Ketua Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baru Selatan Bandar Xining Encik Yang Xiaomin berkata: " Pertama, kedudukan dan alam sekitar di kawasan baru selatan bandar itu amat baik, dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Kedua, kerajaan telah memberi jaminan menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk perlindungan kawasan ekologi. Ketiga, sebanyak 400 ribu tan air dibekalkan ke zon industri untuk menghijaukan kawasan tersebut".
----Wang Ling
|