Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-17 14:52:36    
Penggunaan Hijau Menjadi Semakin Popular di China

CRI
Baru-baru ini, satu peristiwa menarik telah dilaporkan dari bandar Nanjing, bahagian timur China iaitu terdapat lebih 4 ribu pelancong membanjiri Destinasi Pelancongan Mataair Mutiara yang terletak di kaki Gunung Heishishan dan mengambil bahagian dalam aktiviti 'Pelancongan Menanam Pokok'. Difahamkan bahawa hanya dengan membayar 10 yuan RMB, para pelancong boleh mendapat satu 'Kad Tanam Pokok', kemudian, akan dibawa oleh pekerja taman, pergi ke tapak semaian untuk mengambil anak pokok dan peralatan yang berkaitan. Anak pokok yang ditanam oleh mereka dijaga oleh pihak taman dan para pelancong tidak perlu bimbang tentang penjagaan pokok tersebut. Setelah menanam anak pokok, mereka boleh mengunjungi taman tersebut tanpa bayaran tiket dan boleh mengunjungi taman tersebut sebanyak 2 kali menggunakan kad tersebut. "Pelancongan Menanam Pokok" mempunyai banyak kelebihan, pertama, aktiviti itu bukan sahaja menambah kawasan hijau dan berfaedah bagi melindungi ekologi alam sekitar, tetapi juga boleh meningkatkan kesedaran para pelancong tentang melindungi ekologi alam sekitar; kedua, menyediakan peluang kepada pelancong agar mereka boleh menanam pokok sendiri, dan membayar 10 yuan RMB kepada pihak taman, ia sebenarnya meningkatkan kesedaran kepada para pelancong tentang pentingnya perlindungan alam sekitar; ketiga, biasanya pelancong membeli tiket untuk masuk ke kawasan taman, sekarang mereka hanya membeli anak pokok sebagai bayaran masuk. Dengan kad 'Tanam Pokok', para pelancong boleh mengunjungi taman tersebut sebanyak dua kali setahun secara percuma. Ia lebih untung bagi pelancong kerana tidak perlu membayar begitu banyak untuk membeli tiket. Bagi pihak taman, walaupun pendapatan melalui penjualan tiketnya berkurangan, tetapi jika ditinjau dari jangka panjang, setiap pelancong menanam sebatang pokok akan menjadikan tempat itu lebih hijau dan alam sekitarnya dilindungi dengan lebih baik.

Encik Luo yang tinggal di Perumahan Yueliangwan, Bandar Jinhua, bahagian timur China menyiram pelbagai pertumbuhan dan bunga di ruangan tamunya. Walaupun tidak mempunyai pengalaman memelihara bunga, Encik Luo tidak perlu berasa bimbang, kerana beliau sudah membeli kad "Tahunan Penghijauan" yang dijual oleh syarikat penghijauan. Dalam tempoh perkhidmatan, syarikat penghijauan menghantar kakitangannya ke rumah Encik Luo untuk memelihara bunga tersebut. Encik Luo hanya perlu menyiram air sahaja. Satu bulan kemudian, syarikat penghijauan akan menukar sepasu bunga yang lain.

Menurut pegawai syarikat penghijauan tersebut bhw pada masa ini, syarikatnya sudah mempunyai pelanggan tetap seramai lebih 500 orang dan menjual sebanyak lebih seribu kad "Tahunan Penghijauan". Terdapat banyak syarikat seumpama itu menyewakan pelbagai jenis tumbuhan kepada pusat membeli-belah dan pejabat, dan keuntungannya agak lumayan. Baru-baru ini, satu peristiwa baru muncul di bandar Shanghai, bahagian timur China iaitu membeli-belah boleh mendapat bunga sebagai hadiah. Banyak perusahaan dengan rapi meletakkan bunga dan bonsai di kawasan luar pusat membeli-belah, setiap bunga dan bonsai masing-masing mempunyai nama yang cantik dan dibahagikan kepada beberapa katogeri . Setelah membeli barang, para pelanggan berdasarkan harga barang yang dibelinya boleh memilih hadiah iaitu bunga dan bonsai. Jika barang yang dibelinya banyak, hadiah yang akan diperolehinya juga lebih tinggi katogerinya.

Jika saudara makan di satu tempat yang dipenuhi tanaman sayuran, saudara boleh menikmati makanan yang sedap, sambil menikmati pemandangan hijau yang indah, bagaimana rasanya? Restoran Hijau yang terdapat di kampung Beidaihe, bandar Qinhuangdao di bahagian utara China, telah menarik perhatian ramai pengunjung kerana menggabungkan ekologi hijau dengan kemudahan yang moden. Restoran Hijau yang dibuka di Taman Pertanian Contoh Ekologi Beidaihe, sebenarnya ialah satu bangunan yang besar yang dibina dengan bahan khas. Beraneka-jenis tanaman seperti sayur, cili, dan semangka ditanam di dinding dan atapnya.

----AZMI