Menurut Agensi Berita Xinhua, Menteri Perdagangan China, Bo Xilai semasa menemui Ahli Suruhanjaya Perdagangan Kesatuan Eropah, Pascal Lamy di Beijing semalam berkata, China menyokong sistem perdagangan pelbagai hala dan akan bersama-sama pelbagai pihak termasuk Kesatuan Eropah memangkin rundingan pusingan baru WTO mencapai kemajuan.
Lamy berkata, sistem perdagangan pelbagai hala amat penting bagi pembangunan perdagangan dunia. Kesatuan Eropah berharap agar China memainkan peranan positif untuk menggalakkan rundingan pusingan baru WTO mencapai kemajuan.
|