Menurut berita CRI, sehingga tahun 2020, China akan membina projek elektrik nuklear berjumlah 27 juta kilowatt dan merupakan salah satu pasaran elektrik nuklear terbesar di dunia. Sekarang, terdapat lebih 70 syarikat transnasional datang ke Beijing untuk memasuki pasaran elektrik nuklear China.
Sehingga tahun 2020, kapasiti elektrik nuklear China akan mencapai 36 juta kilowatt, ini bermakna China akan membina stesen janakuasa elektrik nuklear yang besar setiap tahun dalam tempoh 16 tahun akan datang.
|