Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-17 19:06:36    
China Menjayakan Kerja Pencegahan Penyakit Selesema Burung

CRI

Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China Hui Liangyu hari ini di Beijing menyatakan, pelbagai bahagian China mesti menjalankan bersungguh-sungguh kerja pencegahan penyakit selesema burung dan memperkukuh kejayaan yang dicapai.

Hui Liangyu dalam sebuah sidang berkenaan telah berkata, sekatan terhadap dua kawasan wabak yang terakhir di China sudah dibatalkan, ini melambangkan kerja pencegahan dan pengawalan wabak selesema burung di China sudah mencapai kejayaan. Beliau menyatakan, pencegahan selesema burung merupakan satu tugas yang berat dan jangka panjang, pelbagai kawasan mesti secara berterusan meningkatkan penyeliaan terhadap wabak dan kuarantin terhadap haiwan serta secara ketat mengadakan kuarantin import-eksport, mencegah penyakit itu menjangkiti manusia.