Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-19 18:00:46    
Malaysia akan Adakan Pilihan Raya Umum Ke-11

CRI
Menurut berita CRI, pilihan raya umum ke-11 Malaysia akan diadakan pada 21 Mac nanti, sebanyak 27 parti sudah mendaftar menyertai pilihan raya itu, dan seramai 103 juta orang pengundi layak mengundi pada pilihan raya kali ini.

Dalam pilihan raya kali ini, pelbagai parti akan bertanding 219 kerusi Parlimen dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Barisan Nasional mengemukakan manifesto "terus menuju ke arah negara cemerlang, gemilang dan terbilang" dan telah mengulangi keazaman kerajaan untuk membanteras rasuah serta menonjolkan imej bersih Abdullah Ahmad Badawi. Manifesto pilihan raya itu telah meliputi pembangunan ekonomi, pendidikan, agama, undang-undang dan keamanan.